Certot

Superhero?

Hasil nukilan Raffiellia 2 years agoSuperhero

Talia merebahkan badannya setelah pulang dari sekolah. Mahu sahaja dia lelapkan matanya, tetapi dia sedar yang dia perlu menyiapkan kerja sekolah, solat zohor, dan menukar baju. Dia mengeluh dan terus ke bilik untuk menukar baju.

Sejurus kemudian, dia keluar semula dari bilik sambil mengangkat beberapa buku latihan dan buku teks. ‘

‘Kalaulah diriku ini seorang superhero, bolehlah jalan-jalan ambil angin untuk tolong orang. Ini, perlu siapkan baru boleh keluar,’ ngomel Talia dalam hati. Sememangnya,itulah impiannya.

Setelah dua jam memerah otak, akhirnya siap pun kerja rumah Talia. Tiba-tiba….

“Tolong!’’ jerit seseorang. 

Talia menoleh ke arah tingkap dan ternampak kepulan asap yang tebal mengerumuni rumah jirannya. Dia terus keluar dan berlari menuju ke rumah jirannya. 

“Tolong! Anak saya di dalam,” jerit jirannya. 

Dari mananya dapatnya kekuatan, Talia terus masuk ke rumah dan mencari anak jirannya. Tetapi, yang peliknya tangannya seperti menarik semua api dan serta-merta api terus hilang.

Dia tergamam. Apabila teringat hajatnya hendak menolong jirannya, dia terus mengangkat tangannya dan api terus menusup masuk ke tangannya.

“Hebat!” kata Talia. Akhirnya dia terjumpa anak jirannya.

Jirannya mengucapkan terima kasih kepada Talia. Talia tersenyum sambil mengawal dirinya. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia terlompat-lompat dan menari tidak tentu fasal.

“Saya ikhlas mahu membantu puan,’’ kata Talia sambil tersenyum manis. Dia janji akan merahsiakan tentang kuasanya dan menjaga keamanan dunia.

Kejadian tadi amat mengejutkan dirinya dan semangatnya semakin membara untuk menjadi superheroin yang hebat. 

‘Aku janji akan menjaga kawasan ini,’ ikrar Talia dalam hati.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: