Certot

Superb DAD

Hasil nukilan Sofwah Muhdyatim 2 years agoSuperhero 83

           

Twit! Twit! Twit!                                                                                                                                         

 Mardhiah Sofieyah termenung bersendirian di ujana bunga mini di rumahnya.

“Kak Dhia menungkan apa tu?” tanya Mardhiah Naziemah adiknya.

“Allahhuakbar, Iemah ni kan suka terkejutkan kak Dhia. Iemah, tidak elok kalau anak dara menjerit macam itu,” jawab Mardhiah Sofieyah

“Maaflah, kak Dhia menungkan siapa tu? boyfriend ke?” soal Naziemah inginkan kepastian.

“Bukanlah, Iemah perasan tidak yang sikap abah kebelakangan ini agak pelik.”

“Hmm, yelah kebelakangan ini abah agak pelik. Sudahlah itu kak Dhia, jangan difikirkan sangat. Cepat masuk, ibu panggil minum petang.” Mardhiah Sofieyah masuk dengan pantas agar tidak dibebel oleh ibunya.

Tik! Tok! Tik! Tok!

Jam di dinding menandakan sudah pukul 10.30 malam. Mardhiah Sofieyah mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja belajarnya. Selesai mengemas, dia bertanya sesuatu kepada ibunya yang sedang khusyuk membaca buku novel. 

“Ibu, boleh Dhia tahu ke mana abah pergi kerana dari jam 10.00 malam hingga sekarang abah belum balik? Sebenarnya abah kerja apa? Sejak kebelakangan ini abah selalu keluar lepas Isyak dan balik ketika kami sedang tidur.”

“Dhia, adik kamu menangis tu. Esoklah ibu jawab, ya,” balas ibunya sambil tergesa-gesa menuju ke arah adiknya.

Mardhiah Sofieyah syak ada sesuatu yang berlaku. Mungkinkah abahnya ada isteri lain ataupun ada sesuatu yang tidak diketahui oleh dia dan adik-adiknya?

 

Kring!

Mardhiah Sofieyah dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Selesai bersolat, mandi, dan lain-lain lagi, mereka segera turun ke dapur untuk bersarapan.

Mardhiah Sofieyah melihat ibunya sedang sibuk menyenduk nasi. Dengan pantas dia bertanya,

“Ibu tolonglah jawab soalan yang Dhia tanya semalam, boleh?”

“Soalan yang mana? Ohh soalan itu. Erm, setahu ibu, abah kerja overtime malam tadi. Sudahlah tu, ibu nak cepat. Nanti lambat pula ibu nak pergi kerja. Dhia tolong ibu hidangkan nasi ni, ya.”

“Erm, yalah,” jawab Mardhiah Sofieyah dengan perasaan yang sangat hampa. Dhia menolong ibunya menghidangkan nasi dengan separuh hati. 

Mardhiah Sofieyah dan adik-adiknya makan dengan berselera. Selesai makan, mereka pergi ke bilik masing-masing untuk mencapai beg sekolah sambil menunggu bas sekolah.

Pon! Pon!

Mardhiah Sofieyah degan tergesa-gesa bersalaman dengan ibu dan abahnya. Bas sekolah sudah pun sampai di hadapan rumahnya untuk menjemput mereka ke sekolah.

“Iemah, Ieqah, cepat! Bas sekolah sudah sampai!” laungan Mardhiah Sofieyah memeranjatkan mereka.

“Sekejap kak Dhia, Ieqah tengah cari buku Matematik ni, kak Iemah pula ada di dalam tandas,” jawab Mardhiah Hazieqah, anak ketiga selepas Mardhiah Naziemah.

*****

Selesai sahaja adik Mardhiah Sofieyah bersalaman dengan ibu bapa mereka, mereka bertiga dengan langkah yang tergesa-gesa menaiki bas itu.

Pon! Pon! Pon!

Mardhiah Sofieyah menuruni anak tangga bas itu. Pada masa itu, Mardhiah Sofieyah terlanggar bahu seseorang.

“Maaf,” kata Mardhiah Sofieyah dengan rasa bersalah.

    “Oh Dhia, tak mengapa. Tidak sakit pun. Dhia, hebatlah ayah awak semalam,” balas Najmi, ketua kelas Mardhiah Sofieyah.

‘Wow, dia puji abah aku! Tapi semalam bukan ibu kata abah pergi kerja lebih masakah?’ detik hati kecil Mardhiah Sofieyah. 

“Semalam? Ayah saya kerja overtime. Apa yang ayah saya buat sampai awak kata ayah saya hebat?”

“Awak tak tahukah? Cuba tanya ayah awak bila balik nanti. Saya tidak tahu sebenarnya, tetapi ayah saya yang beritahu saya. Saya masuk kelas dahulu.”

‘Fuhh nasib baik adik-adik aku dah masuk kelas. Kalau tidak, mesti dah kena report dekat ibu. Balik nantilah aku cakap dekat abah pasal hal itu.’

Mardhiah Sofieyah berlari anak untuk ke tapak perhimpunan.   

*****

Setibanya di rumah.

“Abah, boleh Dhia tanya satu soalan,” tanya Mardhiah Sofieyah dengan pastinya.

“Boleh, solan apa tu? Macam serius saja,” jawab ayahnya.

“Sebenarnya abah kerja apa ya sampai overtime.”

“Dhia, abah tidak boleh jawab sekarang sebab satu hari nanti Dhia dan adik-adik akan tahu juga. Tetapi kalau cikgu tanya abah kerja apa, jawab sukarelawan saja.” Kemudian abah berlalu pergi.

‘Ish abah ni peliklah. Sebenarnya abah kerja apa?’ Soalan itu bermain-main di benak fikirannya. 

*****

Enam tahun kemudian.

Mardhiah Sofieyah kini meningkat remaja. Wajah Dhia hampir mirip seperti wajah ibunya yang berkacukan arab. Umurnya kini sudah mencecah 18 tahun. Sampai sekarang Dhia tidak tahu pekerjaan abahnya. Walaupun pekerjaan abahnya sudah menjadi buah mulut orang. Mardhiah Sofieyah tidak tahu bahawa pekerjaan abahnya membuatkan seseorang cemburu dan ingin membalas dendam.

‘Sampai sekarang aku tidak tahu abah aku kerja apa,’ keluh Mardhiah Sofieyah dalam hati sambil leka bermain dengan telefon pintarnya.

“Hai cik adik, tengah buat apa tu,’’ sapa seorang lelaki yang bertopeng.

Belum sempat Dhia menjawab ataupun mempertahan dirinya, lelaki itu sudah menolaknya ke dalam kenderaan pacuan empat roda. Dhia meronta agar dirinya dilepaskan. Lama-kelamaan dirinya berasa penat untuk melawan.

*****

 

Satu jam kemudian.

“Hoi bangunlah, dah sampai!’’

Mardhiah Sofieyah tersedar daripada tidurnya. “Aku ada dekat mana ni? Kenapa aku kena ikat macam ni? Lepaskan aku!’’

“Engkau tidak perlu tahu itu semua.’’

“Kenapa korang kejam sangat? Aku tidak kenal korang pun. Lagipun aku bukannya ada dosa pada korang pun.’’ Percakapan Dhia membuatkan mereka naik berang.

“Memang kau tidak ada dosa pada kami, tetapi bapa kau ada. Bapa kau dan kawan-kawannya telah musnahkan karier kami, tahu tak? Mereka telah rampas title kami sebagai geng detektif yang terkenal,’’ kata seorang daripada mereka yang kemungkinan ketua mereka.

“Hah? Abah aku detektif? Kau kata abah aku ada geng dia kan. Kenapa kau tidak tangkap anak kawan abah aku yang lain?’’ kata Mardhiah Sofieyah dengan perasaan yang tidak berpuas hati.

“Sebab bapa kau ketua dalam geng itu,’’ balas ketuanya lagi.

“Sebenarnya kau hendak apa? Nak wang tebusan? Motif kau culik aku sebenarnya apa?’’ tanya Mardhiah Sofieyah dengan nada yang tinggi.

“Hei, jangan nak menengking pula. Kau tu perempuan. Aku tidak mahu wang tebusan tetapi aku nak dia lucut jawatan dia dan aku nak dia menyorok. Aku tidak mahu dia tunjuk muka di Kuala Lumpur ini lagi. Itulah motif sebenar aku!’’

*****

 

Malam itu….

“Dhia bangun. Abah, Iemah dan Ieqah datang hendak selamatkan Dhia. Ada tidak geng itu berkasar dengan Dhia?’’ kata abahnya dengan nada yang agak risau.

“Hah korang datang hendak selamatkan Dhia? Dhia tidak apa-apa tetapi mana penjahat itu?’’

“Penjahat itu dah kena tangkap dengan polis,’’ kata Iemah pula.

*****

Di dalam kereta….

“Ibu nak tahu tak yang abah ini memang superb,’’ kata Dhia dengan perasaan yang girang.

“Hah superb? Kenapa pula?’’ balas ibunya?

“Abah superb bab menyimpan rahsia dan superb dalam bab menyelamatkan orang.’’

“Rahsia? Rahsia apa itu?’’ tanya Ieqah pula.

“Abah sebenarnya detektif dan bukannya sukarelawan seperti yang kita jangka.’’

“Sebenarnya, ibu dah tahu yang abah itu detektif tetapi abah kamu yang tidak izin beritahu. Sekarang sudah jadi macam ini baru hendak menyesal.’’

“Abah minta maaf,’’ kata abah Dhia dengan sungguh menyesal.

Sekarang tiada lagi rahsia diantara mereka. Mereka hidup aman dan bahagia.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: