Certot

Super Girl!

Hasil nukilan Musyirah Razali 3 years agoSukan 23

“Eh, Fiona.Tidak mahu rehatkah?” tanya Heliza kepada kawan baiknya itu.

Fiona sekadar menggeleng-gelengkan sahaja dan memberikan senyuman gembira kepada kawannya itu. Dari raut muka kawan baiknya itu, terus Heliza dapat merasakan sesuatu yang gembira telah berlaku kepada kawan baiknya itu.

“Haa! Ini mesti ada sesuatu yang berlaku, bukan? Ala, kongsilah sikit apa yang berlaku,” desak Heliza.

“Okey, tapi janji ya, jangan bagitahu orang lain,” jawab Fiona.

“Okey, promise. Demi puteriku yang tersayang, bonda akan sanggup lakukan apa sahaja,” jawab Heliza sambil tangan kananya diletakkan di tepi bahu seperti orang yang sedang berikrar.

“Aik, bila masa pula awak ini jadi bonda kita?” kata Fiona dengan senyuman sinis.

“Opp! Sorry,” Jawab Heliza. Fiona sekadar tersenyum sahaja.

“Sebenarnya, Fiona telah terpilih untuk wakil sekolah ke pertandingan bola jaring.”

“Oh My Terkejut! Really? Wah, inilah sebabnya tidak mahu makan? Sebab teruja sangat sampai hilang rasa lapar ya? Marilah, kita makan disini sahaja. Saya bawak bekal ni,” kata Heliza sambil matanya dijelingkan kepada Fiona.

“Okey.”

*****

Setelah sebulan berlalu, akhirnya tibalah masa untuk pertndingan.

“Fiona, Kaisara, Safia, Aisyah, Ina, Syimah, siap sedia. Sekejap lagi pertandingan akan bermula,” kata Cikgu Darling kepada murid-muridnya.

“Sekolah Menengah Taman Setia lawan Sekolah Menengah Samudra!”

“Baiklah, siap sedia ya semua,” kata Cikgu Darling.

Setelah permainan tamat, semua orang berdebar-debar untuk mengetahui siapakah pemenangnya.

“Dan tempat pertama, Sekolah Menengah Samudra!” kata juri itu dan disambut dengan tepukan yang gemuruh.

“Yeay! Sekolah kita menang!” kata Fiona dengan gembira seperti baru menang RM 1000.

“Sekarang, saya akan umumkan wakil dari setiap sekolah yang akan ke peringkat daerah.”

“Wakil dari Sekolah Menengah Samudra, Fiona!” 

Fiona seperti tidak terkata-kata.

“Fiona!” tegur Syimah.

“Terbaiklah awak masa lawan tadi. Memang macam Super Girl betul! Mantap habis!” kata Syimah.

“Hehehe… terima kasih Syimah.”

Tiba-tiba bahu Fiona disentuh.

“Tahniah, Fiona. Kamu ini memang macam Super Girl,” kata Cikgu Darling pula kepada Fiona menyebabkan hidung Fiona kembang kempis.

“Super Girl!” Itulah ayat terakhir Fiona sebelum dia menutup diarinya dengan senyuman manis.

“Sayalah Super Girl!’

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: