Certot

SUKAN SRPR!

Hasil nukilan M.S. Jieya 2 years agoSukan 17

Pon!

 Bunyi hon pun sudah berbunyi, bermaksud sudah tiba masanya untuk memulakan acara Temasya Sukan Tahunan Peringkat Terakhir. Hanya ada dua sekolah yang berani mencuba untuk bertanding iaitu SRPR dan Sekolah Cyber. 

“Uish, segannya. Tahun lepas, teruk aku dikalahkan kat padang bola,” kata Gopal risau. 

“Tapi taka apa, tahun ni kita kan ada Hafiz, Masha, dan Fang,” kata Hannah memberi semangat kepada kawannya. Memang betul, tahun lepas, kelas 5 Jujur sangat kurang. Tetapi, tahun ini, ada tiga orang pelajar berpindah ke SRPR. Dan kesemua orang di kelas 5 Jujur 2015 adalah orang yang cergas.

Prit!

Bunyi wisel berbunyi. Seorang pelajar bernama Lee dari Sekolah Cyber berlari merampas bola dari Fang. Lee berhenti seketika lalu berkata, “Apalah! Lembab betul!” 

Kemudian, dia terus lari ke arah gol. Tetapi, sebaik sahaja mahu melepasi Hafiz, tiba-tiba Hafiz mendapat bola lalu terus berlari ke arah gol lawan. Lee cuba untuk merampas bola tetapi Hafiz menghantar bola ke Fang dan Lee terus lari ke arah Fang pula. Apabila ruangan Hafiz kosong, Fang menghantar bola semula ke Hafiz. Tetapi, tiba-tiba tanpa disedari Hafiz, seorang pelajar yang bernama Shahrul lari mengejarnya dari tepi. 

Hafiz terperasan dia memakai kaki robotik pada kakinya. Tiba-tiba Shahrul terus menendang kaki Hafiz sehingga terjatuh ke hujung padang. Dia kelihatan kesakitan. Kawan-kawannya terus berlari ke arahnya. Kemudian, pasukan Bulan Sabit Merah terus membawanya masuk untuk dirawat. 

Half-time!

“Macam mana bang? Boleh ke Hafiz main?” tanya Gopal risau akan kawan baiknya. 

“Terseliuh je. Boleh main, tapi lebih baik jangan,” kata jururawat. 

“Tapi, bagilah saya main. Saya akan cuba habiskan perlawanan,” kata Hafiz bersemangat. 

“Hmm… bang, masa pun tinggal 5 minit je,” kata Masha. 

Jururawat itu terdiam seketika. Kemudian, mengangkuk kepala lalu berkata, ”Okey, tapi kena pakai ni!” kata Jururawat itu sambil membalut kaki Hafiz.

“Wah! Apa ni? Nampaknya Hafiz masih belum berputus asa!” kata Emcee. 

Perlawanan bersambung. Kali ini, Fang berjaya melepasi Lee. Fang menghantar bola kepada Hafiz sebaik sahaja Lee mendekatinya. Hafiz mendapat bola lalu terus lari ke hadapan tetapi tidak selaju seperti dahulu. Apabila Sharul mendekati Hafiz, dia terus menendang bola ke atas dengan tinggi lalu melompat ke atas lalu mendarat ke bawah dengan bola. Kemudian, Hafiz sudah mendekati gol. Tetapi, tiba-tiba dia terlajak dan kesakitan kembali menyebabkan Hafiz terhenti daripada larian. 

Dia ternampak kawan-kawannya yang sedang menyokong sekuat hati. Dia tidak mahu kawannya terasa hampa. Jadi, dia terus menendang bola keatas udara lalu terus membuat tendangan basikal dengan kuat dengan menggunakan kaki kanannya yang tidak terseliuh. Bola itu meluru ke dalam gol dan akhirnya, Hafiz berjaya menjaringkan gol. 

Prit!

Masa sudah tamat!” kata Pengadil. “Dan SRPR telah menjuarai pertandingan ini! Buat kali pertama!” kata Emcee kegembiraan. Semua orang bersorak gembira.

Itulah hari yang paling dibanggakan oleh SRPR. Dan itu adalah memori terindah buat Kelas 5 Jujur. 

        Moto SRPR, ‘Kalau Kalah Tak Apa, Yang Penting, Kita Cuba!’


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: