Certot

Sukan Girls!

Hasil nukilan Naufal 5 B about 2 years agoSukan 23


Hari ini adalah hari Isnin. Kebiasaanya murid-murid akan beratur di tapak perhimpunan sekolah. Selepas menyanyikan lagu Negaraku,  guru besar sekolah SMK Seri Flora iaitu, Puan Zaharah memberikan ucapan.

“Assalamualaikum. Hari ini,saya mahu memberitahu kamu semua. Pada hari Selasa, iaitu esok sehingga hari Jumaat minggu ini, pihak sekolah akan mengadakan acara sukan bagi kamu semua, perempuan di sini. Pihak sekolah juga akan mengadakan sukan dengan berkumpulan. Sekian, terima kasih.”

Selesai perhimpunan, murid-murid melangkah masuk ke kelas masing-masing.

“Eh, Siti engkau dengar apa yang Puan Zaharah cakap? Dia akan membuat kumpulan dalam acara sukan! Nampaknya Aisya begitu teruja dengan apa yang diadakan oleh pihak sekolah.

“Relaks! Engkau jangan risau. Kita semua hebat bersukan dalam semua acara sukan.”

Mereka adalah kumpulan SportsGirls yang terdiri daripada lima orang perempuan iaitu Kamila, Siti, Aisya, Camelia, dan juga Mei-ling. Mereka bukan sahaja setakat pandai bersukan, tetapi juga pernah dianugerahkan pertandingan Sukan Olimpik pada tahun 2012.

“Okey, nanti biar aku sahaja yang pergi mendaftar kumpulan dengan Cikgu Fatimah semasa waktu rehat.”

Sewaktu rehat, Aisya terus pergi ke bilik guru untuk mendaftar kumpulan sukan. 

“Cikgu Fatimah, saya Aisya dari kelas 4 Bionic dantujuan berjumpa cikgu Fatimah adalah bagi mendaftar kumpulan sukan acara sukan lari berganti-ganti.

“Oh, kamu boleh mendaftar di sini.”

*****

Hari sukan.

“Aku tidak sabar menanti acara selanjutnya.”

“Hei, kamu ini ke kumpulan SportGirls?”

“Sudahlah ,tidak perlu layan mereka.”

Nampaknya akan diumumkan pemenang acara. 

“Pemenang ialah kumpulan SportsGirls!”

Aisya kagum, terkejut, dan juga macam mahu menjerit. Dia seakan tidak percaya yang dia akan menang. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: