Certot

Sukan memanah

Hasil nukilan Nur Hidayah 2 years agoSukan 38

Hafizah ialah seorang gadis yang amat berbakat dalam sukan memanah.

Ibu dan ayahnya juga amat menggalakkan Hafizah menyertai sukan memanah.

Namun, Hafizah juga pandai membahagikan masanya untuk belajar dan bersukan.

Rakan-rakan Hafizah juga tidak tahu yang Hafizah hebat dalam sukan memanah.

Disebabkan itu, rakan-rakan Hafizah menganggap Hafizah tidak aktif dalam bidang sukan.

Suatu hari ,Hafizah sedang berlatih memanah sambil diperhatikan oleh jurulatihnya, Cikgu Aina.

“Hafizah ,saya ada sesuatu mahu beritahu awak.” Cikgu Aina tersenyum manis memandang Hafizah.

“Ada apa cikgu?” soal Hafizah.

“Begini, cikgu akan memilih kamu untuk mewakili Negeri Selangor dalam pertandingan memanah peringkat negeri!” terang Cikgu Aina dengan teruja.

“Wah! Terima kasih cikgu kerana memilih saya!” kata Hafizah dengan gembira.

Apabila pulang ke rumah, Hafizah segera menceritakan kepada ibu dan bapanya tentang apa yang diberitahu Cikgu Aina.

“Tahniah, Hafizah!” kata Encik Haris dan Puan Hanis.

Sejak dari hari itu, Hafizah berlatih dengan bersungguh-sungguh.

*****

Tiba hari pertandingan, Hafizah melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Antara ramai peserta, Hafizah mengutip mata paling tinggi.

Akhirnya, Hafizah dinobatkan sebagai juara.

Cikgu Aina, Encik Haris, dan Puan Hanis berasa amat bangga sekali dengan kejayaan Hafizah.

Perkara ini juga telah tersebar luas di sekolahnya.

“Hafizah, awak tak cakap pun yang awak mahir dalam sukan memanah,” kata Rina.

“Hehe, maaflah., balas Hafizah.

Sejak dari hari itu, Hafizah semakin dikenali di sekolahnya.

Walaupun begitu, Hafizah tidak bersikap sombong dan dia amat ramah dengan semua orang.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: