Certot

Sukan Kpop!

Hasil nukilan NazlifaFy 2 years agoSukan 43

“Nadia! Mama nak pergi kedai. Berhenti menari boleh? Mama tengok pun pening,” bebel Puan Aisyah.

“Mama… ni tarian Kpop laa. Nadia namakannya Tarian BTS. Nadia suka sangat,” balas Nadia 

“Ish budak ni kan. Mama tak kisah pun. Apa-apa pun jaga rumah ya,” balas Puan Aisyah kembali lalu keluar menaiki kereta.

“Ya la,” balas Nadia lalu menyambung kembali tariannya.

*****

“Nadia, sempena hari sukan kan, sekolah kita menganjurkan pertandingan tarian aerobik secara individu dan berkumpulan. Jom masuk nak?” kata Mei Mei dengan teruja.

“Betul ke? Jomlah! Kita ajak Dewi sekali. Mesti best. Barulah 1 Malaysia. Apa kata kita menari tarian Kpop?” ujar Nadia. Dia tidak sabar untuk berlatih.

“Haa? Tarian Kpop?” Mei Mei  terkejut. Dia tahu kawannya tu kpopers tapi dia rasa otak kawannya yang satu tu bagai dah gila.

“Hish… tak payahlah terkejut sampai macam tu sekali. Kita gabungkan je la antara tarian aerobik dan tarian Kpop. Mesti meletup!“balas Nadia bersemangat. Semangatnya dah berkobar-kobar. Dia yakin dia boleh menang.

“Okey,” balas Mei Mei. Dia malas nak berdebat dengan kawannya tu.

*****

Akhirnya, hari yang ditunggu pun tiba. Nadia rasa tak yakin pula. Mujur kedua-dua ibu bapanya datang untuk memberi sokongan.

“Okey, seterusnya dijemput kumpulan Nadia, Mei Mei, dan Dewi untuk mempersembahkan Tarian Sukanpop. Wah, kreatif sekali nama tarian ni! Tanpa melengahkan masa dijemput kumpulan ini untuk naik ke pentas!” ujar pengacara majlis yang berpakaian baju sukan lengkap.

Mereka pun naik ke pentas dengan hati yang berdebar-debar. Terdengar sorakan yang kuat dari para penonton.

Mereka pun memulakan tarian dengan bersemangat. Namun,tiba-tiba Mei Mei terjatuh sewaktu menari.

Nadia pun  sengaja menjatuhkan dirinya diikuti Dewi. Mereka sengaja menjatuhkan diri  supaya para pengadil menyangka itu sebahagian daripada tarian. Akhirnya mereka berjaya menamatkan tarian mereka.

“Okey. Tiba masa yang ditunggu-tunggu. Saya akan mengumumkan nama pemenang. Kumpulan yang berjaya merangkul juara ialah Kumpulan Dania, Sara, dan Tania dengan tarian Fasabele! Tahniah kepada para pemenang,” ujar pengacara majlis.

“Kumpulan Nadia, Mei Mei, dan Dewi berjaya merangkul pingat naib juara dengan tarian Sukanpop!  Tahniah saya ucapkan,” sambung pengacara majlis.

“Alhamdullillah,” ujar Nadia gembira.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: