Certot

SUKAN ITU PENTING !!

Hasil nukilan NOR ATIKAH 3 years agoSukan 156

 Hari ini genap enam tahun aku belajar di Sekolah Kebangsaan Parit Bunga. Kini aku sudah 12 tahun dan akan meningkat dewasa. Tahun ini juga tahun terakhir aku di sekolah ini. Nama penuhku Siti Zulaikah binti Rosli. Ramai orang memanggil nama gelaranku Ika.

“Ika! Ika! Bangun, sudah lambat ni. Nanti kamu terlambat ke sekolah. Kawan kamu sudah sampai dekat bawah ni. Cepat bersiap!”  teriak Puan Halimah ibu kepada ika yang sedang menyiapkan sarapan pagi.

“Okey, ibu! Saya sudah bangun ni. Suruh Hafizaitul tunggu saya kejap,” jawabku sambil bangun menuju ke bilik mandi.

Lima minit berlalu, aku bersiap-siap dengan mengenakan pakaian seragam sekolahku yang digosok dengan kemas. Lalu aku mengambil beg sekolahku dan menuruni satu per satu anak tangga menuju ke meja makan.

Tiba di meja makan, aku terlihat kawan baikku Hafizaitul sedang menungguku. Aku terus duduk di kerusi tempat biasaku. Lalu aku menjamu sarapan pagi yang disiapkan oleh ibuku.

“Awalnya kau bangun. Tak boleh awal lagi ke?” sindir Hafizaitul sambil membuat muka selamba.

“Alah, kau ni lambat sikit je. Janganlah marah, nanti cepat tua!” Gelak aku melayan karenah kawan baikku Hafizaitul.

Sambil ketawa-ketawa melayan kerenah masing-masing. Aku terlihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Kami berdua cepat-cepat menghabiskan sarapan pagi, takut terlambat sampai ke sekolah nanti.

“Ibu, Ika dengan Hafizaitul nak bertolak ke sekolah. Sudah lambat,” teriak aku sambil bangun dari meja makan.

“Okey, hati-hati pergi sekolah tu. Belajar rajin-rajin. Jangan main pula nanti dekat sekolah,” kata ibu yang berada di dapur.

Aku terus bersalaman dengan ibu lalu aku mengambil beg sekolahku yang terletak di ruang tamu. Kami berdua cepat-cepat menyarungkan kasut sekolah. Lalu aku dengan Hafizaitul pun berjalan kaki menuju ke sekolah. Sekolah kami terletak kira-kira 2 km.

Tiba sahaja di dekolah. Aku dengan Hafizaitul pun cepat-cepat masuk ke dalam dewan. Nasib baik kami berdua cepat smpai sebelum pintu pagar ditutup. Sampai sahaja di dalam dewan. Kami berdua beratur di dalam barisan kelas kami. Tidak sampai tiga minit, guru besar sekolah kami memberi ucapan yang penting kepada kami semua.

“Perhatian kepada semua pelajar. Tidak lama lagi sekolah kita akan mengadakan perlawanan Bola Baling Peringkat Sekolah. Sekolah kita akan menghantar beberapa pelajar untuk memasuki perlawanan tersebut. Nama yang terpilih akan ditampal di papan kenyataan, yang terpilih perlulah membuat latihan. Sekian, terim kasih,” ucap Guru Besar Tuan Haji Suradi.

Habis sahaja perhimpunan, kami semua tidak sabar untuk melihat nama pelajar yang terpilih itu. Ramai pelajar berebut-rebut menuju ke papan kenyataan untuk melihat.

*****

Tiba sahaja di sana, alangkah terkejutnya aku melihat namaku dengan nama kawanku Hafizaitul terpilih untuk menyertai perlawanan tersebut. Kami berdua gembira sangat sebab terpilih.

“Hafizaitul, nama kita berdua terpilihlah. Nanti kita akan berlatih dan mewakili Peringkat Sekolah bersama. Seronoknya!” jerit aku dengan hati yang gembira.

“Betul tu, tak sangka aku nama kita terpilih. Aku pun tak sabar nak berlatih dan menang piala untuk sekolah kita,” jawab Hafizaitul sambil memegang erat tanganku.

Dengan berasa hati gembira, kami berdua berjalan menuju ke kelas. Meja kami bersebelahan senang untuk belajar bersama-sama. Tidak lama, Cikgu Faris pun masuk ke dalam kelas kami. Kami pun memulakan pelajaran seperti biasa. Pelajaran pun penting juga selain bersukan.

Satu jam kemudian… Kring!  Kring!  Kring! 

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aku dan Hafizaitul berjalan menuju ke kantin untuk menjamu selera. Di kantin kami mendapati ramai pelajar beratur. Terpaksalah aku dengan Hafizaitul beratur di barisan belakang sekali.

Selesai sahaja waktu rehat, Kami menuju masuk ke dalam kelas. Sewaktu dalam perjalanan ke kelas, kami semua telah mendengar satu pengumuman penting di radio sekolah.

“Perhatian, semua pelajar yang terpilih menyertai Perlawanan Bola Baling yang akan diadakan nanti. Jangan lupa petang nanti akan diadakan latihan tepat pukul 4.00 petang di padang sekolah. Sekian, terima kasih,” ucap Puan Azyan guru penasihat Bola Baling.

*****

“Ika, petang ni ada latihan. Macam biasa nanti aku datang rumah kau oey! Kita naik basikal ke sekolah, ya!” Bisik Hafizaitul senyap-senyap.

“Okey! Jangan lambat pula nanti ya! Lambat tinggal,” sindir aku sambil ketawa. 

Kami berbual-bual sebelum guru bahasa Melayu masuk. Tanpa disedari cikgu Faris pun masuk ke kelas kami. Kami semua memulakan pelajaran semula. Sehingga tamat waktu sekolah.

*****

Tepat pukul 3.30 petang. Aku bersiap-siap untuk ke latihan petang ini.

“Lamanya, Hafizaitul ni. Penat tunggu dia, baik aku pergi dulu,” rungut aku sambil duduk menunggunya.

Tiga minit kemudian. Hafizaitul datang dengan menaiki basikalnya. 

Tok!  Tok!  Tok!

“Maaf!  Ika. Aku lambat tadi, aku kunci rumah dulu. Mak dengan ayah aku keluar beli barang, tu yang lambat. Maaf ya!” pujuk Hafizaitul dengan membuta muka yang comel.

“Okey, aku maafkan. Lain kali jangan buat lagi,” jawabku sambil mengambil beg sekolah ku.

Aku dengan Hafizaitul terus menaiki basikal menuju ke sekolah. Kami sampai di sekolah tepat pukul 3.50 petang. Aku terlihat cikgu Azyan sedang menunggu. Kami pun parking basikal dan terus berlari ke padang sekolah.

“Okey, murid-murid. Semua sudah berkumpul. Mari kita mulakan latihan. Sebelum itu cikgu mahu pilih siapa yang akan menjadi ketua pasukan kamu nanti,” kata cikgu Azyan yang sedang memilih salah seorang dari mereka.

Aku dan pelajar lain, semua terpingir-pingir. Siapalah yang akan terpilih nanti. Tak sabar semua hendak tahu.

“Okey, cikgu sudah membuat pilihan. Cikgu mahu pilih Ika menjdi ketua pasukan kamu nanti,” terang ikgu Azyan sambil memegng bahuku.

Wah Ika, kamu jadi ketua kumpulan kami semua. Best tu. Kami semua setuju.

“Terima kasih cikgu, sebab pilih saya jadi ketua kumpulan. Kami semua akan berlatih bersungguh-sungguh,” kataku kepada cikgu Azyan.

Kami semua berlatih-berlatih setiap hari selepas pulang dari sekolah. Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba.

*****

Hari ini merupakan hari terpenting bagi kami sekumpulan. Kumpulan kami digelar Flower Girl. Sebelum bertolak kami semua diberi taklimat oleh guru besar.

“Cikgu harap, kamu semua menang dalam perlawanan tu nanti dan banggakan nama sekolah kita ini. Jangan lupa bawa balik piala kemenangan untuk dijadikan kenangan!” ucap guru besar dengan nada semangat kepada kami semua.

Kami semua bertolak menaiki bas ke tempat perlawanan tersebut. Aku berasa sngat gementar bila berada di sana nanti.

“Hafizaitul, aku takutlah nanti dekat sana. Rasa macam tak bersemangat pula!” bisikku di telinga Hafizaitul.

“Kau kena kuatkan diri kau, Ika. Kita akan menang. Bersemangat Ika! Aku tahu kau boleh. Sebab tu Cikgu pilih ku jadi ketua kumpulan. Percayalah cakap aku,” kata Hafizaitul sambil menenangkan hati Aku yang sedang dalam ketakutan.

Satu jam kemudian, tibalah kami di tempat perlawanan tersebut. Kami semua turun dari bas dan mendapati banyak sekolah yang menyertai. Semua kuat-kuat berlaka.

Aku berasa takut sangat. ‘Boleh ke aku pimpin kumpulan ini! Boleh ke kita semua bawa balik Piala Kemenangan?’ bisikku dalam hati.

Cikgu Azyan telah mendaftar nama sekolah kami. Juri yang berada di sana telah membuat undian. Sekolah kami telah mendapat nombor terakhir dan akan berlawan dengan Sekolah Pekan Nanas.

*****

Tibalah masa sekolah kami berlawan. Semua telah mengambil tempat masing-masing seperti di tentukan.

Prit! Prit! Prit!

Tiupan visual telah berbunyi. Kami semua memulakan perlawanan. Perlawanan berjalan dengan jayanya. Sekolah kami telah mendapat markah 5-3. Aku melihat sekolah Pekan Nanas bertungkus-lumus ingin memotong. Tetapi kami semua menonjolkan bakat yang kami ada habis-habisan.

Tidak lama kemudian, tiupan visual telah berbunyi menandakan telah tamat perlawanan.

Prit! Prit! Prit!

Alhamdulillah,  sekolah aku telh merangkul gelaran juara. Dengan mengalahkan sekolah Pekan Nanas 8-5.

“Yeah! Sekolah kita menang. Gembiranya aku!” jerit Hafizaitul dengan suara yang kuat.

“Wah… wah… happpynya kamu. Terlompat-lompat, cikgu tengok dah macam monyet. Tahniah kamu semua. Sebab dapat mengharumkan nama sekolah kita dan bawa pulang piala kemenangan. Cikgu tumpang gembira.” Peluk cikgu Azyan dengan kami semua. Kejayaan itu amat berharga buat kami semua.

Kami semua berkumpul di satu tempat untuk mengambil piala kemenangan.

“Tahniah saya ucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Parit Bunga sebab merangkul gelaran Juara Bola Baling Peringkat Sekolah tahun ini. Di jemput semua pelajar dan gurunya naik ke pentas mengambil hadiah,” ucap juri yang berada di sana.

Kami semua menuju ke atas pentas dan mengambil hadiah bersama cikgu Azyan. Aku telah memberi sedikit ucapan sewakil ketua kumpulan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyertai, juri-juri, dan kawan-kawan sekumpulan saya termasuk cikgu pemimpin saya. Terima kasih sebab ajar kami semua dan membuat latihan untuk kami semua. Tanpa cikgu siapalah kami. Terima kasih cikgu,” ucapku sambil memeluk cikgu Azyan.

‘Di mana ada kemahudan, di situ ada jalan.’ Bakat yang kita ada jangan disia-siakan jika diberi peluang.

Kata-kata cikgu Azyan telah pun aku simpan dalam hatiku selama ini agar ia terus tersemai dalam ingatanku sehingga akhir hayat. Semaikanlah sukan dalam diri masing-masing agar menjadi tauladan pada zaman sekarang.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: