Certot

SUKAN ALIEN

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL 3 years agoSukan 25

Di planet Marikh, tinggalnya hidupan yang dipanggil alien. Kehidupan alien sama seperti manusia .Mereka makan, minum, mandi, dan segalanya.

Mereka juga ada sukan Marikh seperti Piala Dunia Malaysia. Sukan mereka berbeza dengan sukan manusia. Antara sukan mereka ialah makan ulat, magik, terbang di angkasa dan macam-macam lagi.

Namun, mereka sudah bosan akan permainan itu. Mereka pergi ke Bumi untuk menculik pemain bola Malaysia yang handal dalam main bola iaitu Safik Sali.

Mereka menculik Safik Sali untuk menyuruh Safik Sali mengajar mereka bermain bola. Mereka mencipta sebiji bola yang dipanggil achobot. Yang peliknya bola itu sama seperti nama bola kuasa dalam cerita Boboiboy.

Malangnya, mereka tersalah guna cara untuk mencipta bola. Achobot memberi tujuh alien kuasa yang mengagumkan. Kuasa tersebut adalah petir, angin, tanah, bayang, larian laju, api, dan juga air. Hanya tujuh Alien mendapat kuasa itu.

Semua Alien mengadakan pertandingan bola sepak. Pasukan Alien yang mendapat kuasa menang pertandingan itu. Mereka mendapat kapal alien yang terbaru dan tercanggih. Safik Sali dihantar ke Bumi setelah ingatannya dipadamkan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: