Certot

SUARA ITU MARUAHKU!

Hasil nukilan Wan Nur Arliana 3 years agoFiksyen 58

Liyana. Ya, itulah namaku. Aku seorang penyanyi sambilan di Youtube dan dikenali ramai. Aku mempunyai ramai peminat yang sentiasa menyokongku di belakang. Pada awalnya, aku sekadar mencuba nasib dengan menghantar video nyanyianku secara suka-suka. Namun, ianya mendapat sambutan hangat dan sentiasa menjadi sebutan ramai. Namaku semakin dikenali di Malaysia dan pelbagai tawaran menyanyi aku terima.

Sejak dari itu, aku semakin gemar memuatnaik video nyanyianku di media sosial. Begitu ramai yang menonton video-video yang aku hantar. Sehinggalah aku ditawarkan untuk menyanyi bersama seorang penyanyi Amerika. Terasa hendak pengsan dibuatnya apabila ditawarkan sebegitu. Pantas aku bersetuju dengan bayaran sebanyak RM5000 bagi lima buah lagu.

Aku akhirnya bertemu penganjur konsert tersebut di kafe yang terletak di Mid Valley. Kami berbincang dengan penuh teliti mengenai segalanya. Tiada sebarang pertanyaan yang tertinggal. Tarikh, masa, dan tempat sudah siap sedia ditulis pada notis pemberitahuan. Aku berasa amat teruja, bagai hendak pitam jadinya.

Hari yang dinanti telah tiba. Tarikh yang sudah menagih janji sudah tiba masanya. Pada jam 5.00 petang, aku tiba di tempat yang ditetapkan. Hurm? Di manakah perginya konsert yang dicerita? Di mana tersoroknya penyanyi Amerika yang dijanjikan? Ah, adakah ini penipuan?

Aku terus mencari di setiap celah dan ceruk. Tiada langsung papan tanda atau kain rentang yang memberitahu mengenai konsert tersebut. Aduhai, malangnya nasib! Ia sebuah penipuan terhadap diriku! Aku pantas menepuk dahi, tanda kesal. Aku berasa sangat kecewa sebelum menitiskan setitis demi setitis air mata kekecewaan.

“Aku menaruhkan sepenuh harapan terhadap penganjur itu. Tidak sangka dia membohongi aku. Sungguh kurang ajar,” aku mengeluh berat. Tanpa lengah, aku memasuki perut keretaku dan beredar.

Tanpa aku sedari, penganjur itu benar-benar berada di situ. Dia bukanlah penganjur, sebaliknya dia merupakan seorang wartawan gosip yang sememangnya mencari nahas!

“Wah, hebat! Liyana sudah termakan kata-kataku! Memang gosip ini boleh juallah!” Wartawan itu ketawa jahat. Dia sudah mengemaskan segala barangannya dan beredar dari situ.

Sengsaranya! Habis nama aku diburukkan oleh wartawan itu. Aku benar-benar tidak menyangka, inilah Dunia Hiburan. Dunia yang gila dan tiada belas kasihan. Aku umpama boneka, dikawal selia oleh wartawan gosip. Ah, aku fobia!

Sejak dari itu, aku mula mengundurkan diri. Aku mula melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih berfaedah. Aku mulai sedar, bahawa suara wanita merupakan aurat terbesar baginya. Suara wanita umpama mutiara yang perlu dijaga sebaik mungkin. Suara kaum Hawa perlu dijaga dan tidak diperdengarkan secara melunak-lunakkan kepada lelaki Ajnabi.

No more YouTube! No More songs! I’m must be cool! Bersabar dengan segalanya dan bukalah buku baru!  

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: