Certot

Study Study Korea!!

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi about 3 years agoFiksyen 6

“Hei, Jannah. Buat apa itu? Orang mahu study untuk peperiksaan esok, awak boleh dengar lagu Exo pula,” marah Hanisah kepada Jannah.

“Please, call me Eun Ji. Daebak!” kata Jannah lalu memasang kembali fon telinga. Memang menaikkan darah orang betul!

ESOK UPSR (SELASA 8/09/2015)

“Alamak! Tak sempat study pula! Masih ada  20 minit sebelum masuk ke dewan. Baik aku ulangkaji Matematik sekarang juga!” kata Jannah lalu membelek begnya. Tetapi malangnya dia tidak bawa beg dan hanya membawa  kotak pensel bertulis  Traveling Korea.

Jannah mengambil tempat duduk dan hanya membayangkan Luhan bersamanya  dan berdoa kepada Yang Esa. Dia menjawab semua ujian dengan tenang sedangkan hatinya berdebar-debar sehingga mahu tercabut! Dia kelihatan tenang dan orang pertama yang siap dahulu kerana dia hanya main teka sahaja jawapan tanpa baca soalan dan menyemak jawapan.

“Hei, Jannah. Kamu kelihatan tenang sahaja sedangkan orang lain sampai berpeluh-peluh apabila kertas jawapan diedarkan,” kata Hanisah. 

“Study smart!” kata Jannah dengan yakin walaupun dia tidak mengulang kaji langsung.

*****

Hari pengumuman keputusan UPSR telah pun tiba. Jannah mendesak ibu bapanya supaya tidak hadir pada hari itu kerana takut keputusannya teruk. Tetapi dia tiada kuasa untuk menghalang mereka.

Jannah hanya tunduk, takut keputusannya 5E! Sekiranya betul ramalan keputusan  begitu, pasti ibu bapanya akan memotong saluran Korea. Tiba gilirannya….

“Eun Ji binti Luhan A.K.A Jannah binti Darul. 5A,” umum guru besar.

Ramai mentertawakannya dan ibu bapanya hairan dari mana datangnya Eun Ji binti Luhan itu. Jannah melompat keriangan dan naik ke atas pentas dengan tepukan gemuruh sekali. Selepas majlis pencapaian berakhir mereka terus pulang.

“Mama akan tambah saluran Oh K! kerana Anna dapat 5A dan Anugerah Puteri Sekolah,” kata Puan Sahira sambil senyum kepada anaknya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: