Certot

Still The Best

Hasil nukilan Hans’ 2 years agoSukan 63

“Yeah!”

“Hebatlah!”

“Haa… masuk pun!”

Que mengangkat muka dari bacaannya. Dia memandang suasana yang bising dengan sorak-sorai itu tanpa perasaan. Itulah Rayyan Qaisar aka Que. Anti-sosial? Nerd? Dia sudah biasa dengan tanggapan daripada orang sekeliling tentang dirinya. 

“Oit Que! Kau apa cerita datang tengok game baca buku?” soal Azim.

“Jangan dikacau budak nerd tu. Dia tengah hafal formula kimia tu,” sindir Daus. 

Que hanya mendiamkan diri. Malas nak layan. Dah lali.

Que berjalan seorang diri menuju ke gelanggang bola keranjang yang sudah lengang. Langkah terus dituju ke tempat menyimpan bola. Itulah kerjanya setiap petang. Berlatih bermain bola keranjang seorang diri. Tiada sesiapa yang tahu dia sebenarnya bekas pemain bola keranjang yang hebat. Namun dia terpaksa berhenti akibat kecederaan yang dialaminya tiga tahun lepas.

Que tercungap-cungap kepenatan. Badannya sudah basah dengan peluh. Lantas tanpa berlengah dia terus menyimpan bola yang digunakan sebelum meninggalkan gelanggang. Tanpa disedari kelakuannya dirakam oleh seseorang sejak awal dengan mulut terlopong.

*****

Pagi esoknya satu sekolah kecoh dengan video Que bermain bola keranjang seorang diri. Semua kagum dengan kehebatan dan ketangkasannya termasuk Kamal, Kapten pasukan bola keranjang sekolah. 

“Itu ke dia?”

“Tak percaya aku.”

“Dengar cerita, dia bekas kapten pasukan bola keranjang Kolej Tengku Izman.”

Que hanya membuat endah tak endah kata-kata orang sekeliling. Akhirnya rahsianya terbongkar jua.

Que merenung jauh ke luar tingkap. Berita yang baru diterimanya sungguh mengejutkan. Kamal dikhabarkan tidak dapat bermain kerana kedua-dua belah tangannya patah. Dia diminta menggantikan Kamal. Sejak rahsianya terbongkar, beberapa kali ahli pasukan bola keranjang sekolah mempelawanya menjadi ahli. Namun dia selalu menolak. Tetapi sekarang dia terpaksa menggantikan Kamal. Haru! Buat sekian kalinya Que mengeluh.

*****

Hari perlawanan. Que menggenggam kuat tangannya. Nafas dilepas perlahan. Perasaannya cuba dikawal.

“Relaks bro. Chill,” Kamal memberikan kata-kata semangat. 

Que hanya mengukir senyuman tawar.

Wisel berbunyi menandakan perlawanan sudah bermula. Que mempraktikkan segala teknik yang dipelajarinya dahulu. 

Perlawanan semakin sengit, apatah lagi dengan kedudukan yang seri dengan masa perlawanan hanya berbaki 15 minit.  

Que mengawal bola di tangan dengan tangkas. Masa hanya tinggal tiga minit. Dengan lafaz basmillah bola dilontar ke jaring.

Dan….

GOL!

Bunyi wisel yang panjang menandakan perlawanan tamat.

“Yeah!”

“Tabiklah Que!”

Que tersenyum bangga. Yes! I am back! 

Selepas tiga tahun, peluang itu kembali lagi. 


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: