Certot

Special Box?

Hasil nukilan Afrina Hadi2 years agoFiksyen 5

 Apalah yang terdapat dalam kotak kecil itu? Alah, yang itu! Yang selalu diusung Tania itu!.Bukan aku seorang saja yang hairan, malahan hampir semua orang pun hairan.

Tania selalu saja mengusung kotak kecil yang berwarna biru dan merah jambu itu ke mana-mana. (Tidak termasuk tandas, ya!) 

*****

Suatu hari, aku membuat keputusan untuk bertanya kepada Tania sendiri. Daripada tertanya-tanya, baik kita bertanya, ya tak? Okey, aku sudah semakin merapu-rapu pula. 

Aku mendekati Tania lalu bertanya, “Tania, apa yang ada pada kotak ini?” Dan jariku menunjuk ke arah kotak kecil itu.

Tania tersenyum lantas menjawab, “Ada benda berharga!”

“Ooo….” Mulutku melopong. ‘Barang berharga? Apa dia? Agak-agak anda, aku akan tanya tak apa dia benda berharga itu? Ya, aku akan tanya!’

“Tania, apa yang berharga sangat?”

“Surat.”

“Surat? Itu sahaja?”

“Ya, tapi ia amat berharga.”

“Ooo….” Sekali lagi aku sengaja melopongkan mulutku.

*****

Hah, anda dah tahu kan? Jadi tugas aku pun dah selesai. Babai!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: