Certot

Sister, I Love You

Hasil nukilan Nana Hanis 2 years agoFiksyen 2

 “Selamat hari jadi, sayang!” kata seorang wanita dalam lingkungan 40-an lalu mencium pipi mulus milik seorang gadis di hadapannya. 

“Untuk hadiah hari jadi, Lisa boleh minta apa-apa sahaja daripada Mak Sue,” kata wanita yang menggelarkan dirinya Mak cik Sue itu. 

“Terima kasih, Mak Sue,” kata Arlisa. “Untuk hari jadi Lisa, Lisa mahu tahu sangat apa yang jadi pada Mama dan Papa. Mana Arissa, kakak kembar Lisa?” soal Arlisa berkali-kali. Wajahnya tetap tenang walaupun dia kehilangan keluarganya. Yang dia tahu, hanya Mak Sue dan Pak Aziz sahaja keluarganya. 

“Baiklah, kamu pun sudah berumur 20 tahun. Begini, mama dan papa Lisa meninggal dalam kemalangan. Arissa dan kamu dihantar ke rumah anak yatim. Masa Mak Sue mahu ambil kamu dan Rissa, Mak Sue tengok kamu berseorangan. Hanya kamu yang ada masa itu. Pekerja di rumah itu kata yang Rissa dan Saifullah diambil oleh Encik Song dan Puan Song.” Kata-kata Mak  Sue terhenti di situ. Beberapa titis air jernih yang mengalir ke pipi Mak cik Sue. 

“Betulkah Song Hye Jin itu Arissa?” Arlisa mengeluarkan soalan yang terbuku di hatinya. 

Mak Sue mengangguk laju. Kini, Arlisa terdiam tanpa kata. Akhirnya semuanya terjawab. Mak Sue menarik nafas panjang sebelum menyambung, “Betul, Hye Jin adalah Rissa. Lelaki yang tinggal bersama Rissa pula adalah abang kamu,” jelas Mak cik Sue. ‘Biarlah Sue… biar dia tahu semuanya,’ kata hati kecil Mak Sue. 

“Mak Sue teman Lisa jumpa Rissa, ya?” pinta Arlisa. Jelas ternampak air matanya laju mengalir.

*****

 “Mak Sue, cepatlah,” kata Arlisa. Dia benar-benar teruja kerana bakal berjumpa kakak yang amat dirinduinya. Pada masa yang sama, dapatlah dia menjamu mata melihat pemandangan di Korea yang pastinya sangat indah. 

“Tunggulah, beg ni besar dan berat. Lisa pun buka mahu tolong Mak Sue,” kata Mak Sue dengan nada merajuk. 

“Kasihan Mak Sue. Biar Lisa bawakan beg ini, ya,” Pujuk Arlisa. Lalu, dia mengangkat begnya diikuti beg Mak Sue ke dalam bonet kereta. 

Dalam perjalanan ke KLIA 2, Mak Sue menelefon Puan Song yang berada di Korea. 

“Hello Mrs Song. I and Arlisa want to go to Korea. Maybe, but I dont know. Can we stay in your house first? Just for one day. We stay in Arlisa’s friend house. Okay, I will stay house just for three day. Good bye, In Ha.” Mak Sue mematikan talian. 

Arlisa yang mmerhati berasa amat geram. ‘Sampai hati Mak Sue tidak beritahu yang Mak Sue rapat dengan Puan Song In Ha!’ marah hati kecil Arlisa.                             

Setibanya di KLIA 2, Arlisa bersalaman dengan Pak Aziz, diikuti Mak Sue. Perjalanan ke Korea mengambil masa enam jam. Mak Sue dan Arlisa mengambil peluang ini bagi melelapkan mata. Mak Sue terus terlena apabila terbang di udara. Namun, Arlisa sukar  melelapkan mata. 

‘Huh, nasib baik aku bawa buku Sister, I Miss You,’ getus hati kecil Arlisa. 

Selepas hampir tiga jam dia membaca, kelopak matanya terasa berat. Akhirnya, Arlisa terlena di sebelah Mak cik Sue.                                                                       

“Sayang, bangun. Kita sudah sampai Korea,” kata Mak Sue dengan nada gembira. 

Arlisa terus bangun dan tersenyum. 

***** 

Ding dong! Ding dong! Loceng rumah ditekan berkali-kali. Akhirnya pintu terbuka juga untuk mereka berdua. Melopong mulut Arlisa melihat di dalam rumah yang diduduki oleh Arissa dan Saifullah. 

Come in, do it like your house,” sapa Puan Song In Ha dengan mesra. 

Arlisa masuk ke dalam dan mencari kehadiran Arissa. Dia mencari hampir di seluruh rumah. Tiba-tiba ada satu suara yang menegurnya. 

“Sis….” Arlisa pusing ke belakang. Lalu dipeluknya pemilik suara itu. 

“Unnie….” Air mata laju mengalir di pipi Arlisa dan Arissa. 

“Sis… I promise I will never leave you again!” kata Arissa. 

Arlisa terus memeluk Arissa. Jika  diikutkan hatinya, tidak mahu dilepaskan sampai bila-bila. Di dalam hati Arlisa, dia tidak henti bersyukur kepada yang maha Esa.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: