Certot

Silaturrahim

Hasil nukilan Nurin 2 years agoFiksyen 7

“Ouch! Apa langgar-langgar orang ini? Lain kali tengok sikit orang tengah make up.” Fynn mula memarahi orang lain dengan nada yang agak gedik.

“Maaf, saya tidak sengaja.” Qairisha menundukkan sikit kepalanya tanda rasa bersalah.

“Awak siapa yang sibuk mahu join kem kami?” Fynn menjadi lebih gedik lalu menghimbaskan rambut panjangnya itu.

“Awak tidak tahu saya ini siapa. Boleh tidak jangan biadap sangat? Saya tahu awak orang dari bandar, tetapi saya tidaklah kampung sangat.” Qairisha mula membuat gedik juga. Suasana di dalam surau resort terus senyap selepas suara Qairisha berbunyi.

*****

Selepas Fynn bersiap, dia terus ke tempat keluarga berkumpul. Semua keluarga Pak Rahim berada di situ termasuklah dua orang yang bergaduh tadi di dalam surau iaitu Qairisha dan Fynn.

“Mama, siapa budak yang pakai tudung itu?” Fynn memang menunjuk-nunjuk seperti sombong di depan Qairisha tadi. Rupa-rupanya dia juga ingin tahu tentang Qairisha.

“Haa… itu yang Fynn tidak tahu. Dialah saudara kita. Nama dia Qairisha. Cantik, bukan?” Ibu Fynn, Datin Syarifah memuji-muji pula Qairisha. Semakin geram Fynn dibuatnya.

“Hish… mama ini memang sengaja sakitkan hati Fynn.” Fynn mula menjeling-jeling Qairisha. Qairisha sedar akan perbuatan itu.

“Nantilah mama ceritakan.” Datin Syarifah ingin fokus kepada pengumuman yang disampaikan oleh Pak Rahim, datuk atau ketua keluarga.

*****

“Mama, cepatlah.. Fynn memang tak suka dengan dia.’’ Fynn mengadu dengan ibunya, tetapi ibunya langsung tidak kisah.

“Siapa tanya Fynn suka dia ataupun tidak?” Datin Sharifah bergurau dengan anaknya itu.

“Mama ni… Fynn bukan main-main!” Fynn buat-buat merajuk, tidak berpaling langsung pada ibunya.

“Kamu ini selalu sahaja tidak suka orang ini, tidak suka orang itu. Dia saudara kamu, jadi kamu kenalah berbaik dengan dia. Dia memang budak yang baik, tutup aurat. Kamu ini sudah 15 tahun, tetapi masih tidak tutup aurat. Bilalah kamu mahu berubah? Mama sudah banyak kali pesan.” Datin Sharifah buat-buat seperti kecewa dengan anaknya itu. Fynn pula terdiam.

“Fynn janji lepas ini Fynn jaga aurat betul-betul.” Fynn sudah berasa insaf. Tiba-tiba semangat sampai terangkat tangan kanannya tanda janji dengan ibunya.

“Keluarga kita ini tidak rapat sangat dengan keluarga Qairisha sebab papa kamu, pak ngah dan pak long sibuk sampaikan jarang berjumpa. Sebab itulah atuk ajak semua ke sini. Bukan kita sahaja. Kamu berbaiklah dengan semua yang ada di sini ya.” Datin Sharifah ingin melembutkan hati Fynn yang keras seperti batu itu, dia mengusap-usap rambut anak kesayangannya.

Selepas semua ahli keluarga Pak Rahim sudah mengisi perutnya, mereka terus ke bilik masing-masing. Fynn menuju ke Qairisha.

“Maaf pasal tadi. Saya bertindak tanpa berfikir langsung tadi.” Fynn yang masam dengan Qairisha tadi terus tersenyum dengan senyuman yang manis seperti madu.

“Tidak mengapa. Saya pun minta maaf sebab lawan awak balik.” Qairisha pun memandang Fynn dengan senyuman yang manis juga.

“Saya Fynn. Awak?” Fynn lanngsung tidak sombong lagi dengan Qairisha. Fynn mengenalkan dirinya lalu menghulurkan tangan.

“Saya Qairisha, panggil Risha.” Qairisha bersalam dengan Fynn dan mengenalkan dirinya pula.

Sejak hari itu, Fynn berbaik dengan semua saudaranya. Dia mula sedar akan perbuatannya. Fynn berkawan dengan Qairisha sampai bila-bila. Fynn sudah menutup auratnya dengan sempurna.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: