Certot

SIAPA KATA PEREMPUAN TAK BOLEH!

Hasil nukilan NOR ATIKAH about 3 years agoSukan 67

Suatu hari, Eima dan kawan baiknya Amie berjalan-jalan di Taman. Tiba di sana, mereka berdua berhenti di bawah sebatang pokok besar tempat biasa mereka.

Tiga minit kemudian, semasa Eima dan Amie berbual- bual, datang dua orang budak lelaki. Mereka datang dengan membawa sebiji bola sepak.

“Oit! Kau berdua pergi dari sini, cepat!” jerit seorang budak lelaki dikenali sebagai Ameer.

“Apa hal pula kami kena pergi? Sini tempat kita oranglah. Kau apa hal?” teriak Amie dengan suara yang kuat.

Budak lelaki tersebut tidak menghiraukan kata-kata Amie. Mereka mencampakkan bola ke arah Amie dan Eima. Tetapi Amie dan Eima tidak menghiraukan mereka berdua.

“Oit! Kau tak dengar ke cakap kita orang berdua. Baik kau pergi dari sini. Kalau tak, kau berdua kena!” kata seorang lagi kawan Ameer.

“Kita orang tak nak. Kalau kau nak tempat ni, apa kata kita lawan! Siapa menang dia akan dapat tempat ini!” jawab Eima dengan mencabar mereka. 

*****

20 minit berlalu….

“Kau nak lawan apa dengan kita orang. Kita orang akan menang dan tempat ini akan menjadi milik kita orang,” kata Ameer lagi.

“Kita lawan bola sepak. Kau ingat kita orang tak reti main? Kita tengok dan lihat siapa yang akan menang!” ujar Amie.

Prit!

Wisel pun berbunyi menandakan mulanya permainan. Amie berjaya merampas bola dari Ameer. Lalu Amie menyepak bola terus masuk ke dalam gol.

Masa berlalu dengan cepat. Akhirnya kumpulan Amie dan Eima berjaya menewaskan kumpulan Ameer dan kawannya. Mereka berjaya menewaskan 5-3. 

“Kita orang dah menang. Maknanya ini tempat kita orang. Kita orang dah buktikan yang perempuan boleh bermain bola sepak. Siapa kata perempuan tak boleh!” kata Eima dengan muka selamba.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: