Certot

Siapa Itu?

Hasil nukilan Zureen 1 year agoMisteri

“Zana, Ina….”  Emi sudah memeluk erat Zana dan Ina atau nama sebenarnya Syazarina.

“Kenapa ini?” Ina terkejut dengan pelukan Emi.

“Ish! Bertenanglah! Ini telefon siapa?” Emi menunjukkan telefon pintar jenama Iphone.

“Bukan awak punya?” 

“Bukan! Telefon pintar saya ada sini! Mirip, bukan? Siap ada password lagi telefon dia!”

“Sudahlah kita ini pergi berkhemah! Siapa punya lagi ini?” Zana sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Mungkin itu rezeki awak! Sebab telefon awak retak. Jadi ada orang beri awak.”

“Siapa?”

“Er… entah. Selain kami yang awak beritahu kami telefon awak retak, ada orang lain tidak?”

“Ada, tetapi dia tiada di sini.”

“Biarlah. Itu rezeki awak.”

*****

Selepas beberapa hari.

“Te… le… fon… itu….”

“Kenapa dengan awak ini?”

“Zana! Ina!”

“Kenapa?”

“Telefon itu… berbunyi! Saya dengar di sebelahnya! Dia berbunyi! Ada video! Mahu tengok? Saya takut.”

“Boleh.”

Mereka  menonton video itu dengan rasa takut takut. Apabila  Emi beranikan diri untuk menekan butang mula, mereka lagi rasa gementar.

“Jangan! Jangan! Jangan curi telefon saya!!”

“Jangan harap saya akan berikan awak balik!”

“Awak mahu ke mana?”

“Tempat untuk sembunyikan telefon ini.”

“Jangan! Saya perlukan itu!”

Apabila video itu habis.

“Tunggu!  Bagaimana awak buka password ini?”

“Hanya 1234 sahaja!”

“Mari ke balai polis!”

*****

Sampai di balai polis.

“Selamat petang.”

“Oh, Zana! Buat apa di sini?” Kelihatan pak cik Zana bernama Zaim itu tengah soal siasat perompak.

“Kawan saya. Kenapa ini?”

Dia dituduh curi telefon dan sembunyikan di bawah tanah.”

“Mangsanya mana?”

” Itu.”

Zana menuju arah wanita itu.

“Mak cik, saya ada bukti kukuh!”

“Hah?”

Zana memberi wanita itu telefonnya dan tunjukkan video itu.

“Terima kasih!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: