Certot

Si Gajah

Hasil nukilan Deborah 3 years agoFiksyen 36

“Si gajah!” Itulah perkataan yang sering kali terngiang-ngiang di telinganya. 

Farah, gadis bertubuh gempal yang dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Walaupun hidup dalam serba kekurangan tetapi dia tidak pernah mengeluh dengan nasib yang keluarganya.

Dia sedar, dia bukanlah anak orang berkemampuan. Ibu bapanya pula terpaksa berhempas pulas mencari rezeki untuk menanggung dia dan lima orang adik-beradiknya yang lain. Segala niatnya untuk memiliki sesuatu terpaksa dia lupakan.

Di sekolah, rakan-rakannya sering kali mengejeknya dengan panggilan Si Gajah. Walaupun dia berasa geram, tetapi dia terpaksa bersabar kerana bapanya pernah menasihati dia dan adik-beradiknya agar sentiasa bersabar.

Farah juga adalah seorang yang pendiam di sekolahnya dan tidak mempunyai rakan. Dengan susuk tubuhnya itu juga membuatkan dia berasa rendah diri dan malu untuk bergaul dengan sesiapa. Sikapnya yang tidak berani itu menyebabkan rakan-rakannya semakin suka untuk membulinya.

Fatin, seorang gadis gedik yang popular dan diminati oleh semua pelajar lelaki itu juga sering membuli dan mengejek Farah.

Namun, Farah tidak pernah peduli dengan ejekkannya kerana Farah tahu bahawa tujuannya ke sekolah adalah untuk belajar. Baginya tumpuan dalam pelajaran adalah lebih penting.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: