Certot

Si Budak Olahraga

Hasil nukilan Khairunnisa Maisarah 2 years agoSukan 3

Nama saya khairunnisa maisarah. Saya lebih dikenali dengan sarah. Saya adalah seorang dari permain olahraga di sekolah Sk Bandar Tasik Puteri 1. Saya dikenali sebagai budak lompat tinggi. 

Permulaannya apabila saya mencuba bermain permainan ini dan saya rasa suka akan permainan ini. Ketika saya tahun empat, sekolah saya telah dimasukkan ke dalam acara lompat tinggi bagi kejohanan balapan dan padang skbtp. Akhirnya saya mendapat tempat pertama dari sini. Saya dimasukkan ke katmo olahraga. 

Apabila saya masuk ke tahun lima, saya dimasukkan ke olahraga dan mewakili budak perempuan tahun lima bagi acara lompat tinggi. Saya telah mewakili peringkat negeri bagi acara lompat tinggi. Saya mendapat tempat ketiga tapi saya tetap gembira. Saya akan berusaha lebih untuk ke peringkat antarabangsa atau yang atas darinya. 

Ini semua berkat dari Allah. Walau sepenat mana pun, kita dah buat yang terbaik untuk emak dan ayah kita. Jadi kalau nakkan yang lebih baik darinya dengan berusaha dan terus berdoa. Saya akan terus berdoa dan saya berbangga atas kejayaan saya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: