Certot

SERONOKNYA HARI SUKAN

Hasil nukilan Mahani Binti Mohd Yusof2 years agoSukan 16

             

Zahra dan Zahira merupakan anak kembar kepada Puan Mahani dan Encik Saharuddin. Mereka mempunyai seorang adik yang bernama Zafirah. Pekerjaan Puan Mahani dan Encik Saharudddin ialah doktor. Puan Mahani merupakan doktor pakar sakit puan manakala suaminya pula doktor pakar mata.

 

Pada suatu pagi hari Isnin, Zahra, Zahira, dan Zafirah bangun agak awal. Setelah membersihkan diri dan menunaikan solat subuh,mereka bertiga turun untuk bersarapan. 

“Assalamualaikum, umi,” ucap mereka serentak.

“Waalaikumussalam, sayang,” jawab Puan Mahani. “Awal anak-anak umi bangun hari ini.”

“Ya, umi. Hari ni kan hari Isnin,” jawab zahira.

 

Selesai bersapan bersama umi dan abah meraka, Zahra, Zahira, dan Zafirah bersiap untuk ke sekolah.

“Umi, kami pergi dulu ya. Assalamualaikum,” ujar Zafirah.

“Baiklah… waalaikumussalam,” jawab umi mereka. 

*****

Setibanya di sekolah, Zahra, Zahira, dan Zafirah menyalami tangan abah mereka. Setelah menghantar Zafirah ke kelasnya, 1 Cemerlang, Zahra dan Zahira masuk ke kelas mereka, 5 Cemerlang. 

“Semua beratur!” kata Intan Maisarah sebagai ketua kelas. 

Semua murid beratur dan bergerak ke tapak perhimpunan. Sampai sahaja ke tapak perhimpunan, murid-murid beratur dalam satu baris lurus mengikut kelas masing-masing.

 

“Baiklah semua, sila senyap!” ujar Puan Qaisara sebagai guru besar Sekolah Kebangsaan Sri Mutiara. 

Semua murid pun senyap. Suasana di tapak perhimpunan itu sunyi sepi. Hanya suara Puan Qaisara yang kedengaran. 

“Baiklah, hari ini saya ingin bercakap pasal hari sukan tahunan sekolah. Lebih kurang dua minggu lagi, sekolah kita akan mengadakan hari sukan. Jadi, mulai esok hingga hari Jumaat minggu depan, kamu semua boleh memakai baju sukan. Boleh?”

“Boleh!” jawab para pelajar. Termasuk juga Zahra, Zahira, dan Zafirah.

*****

 

Sebaik sahaja masuk ke kelas, semua murid sibuk berborak tentang hari sukan sekolah mereka nanti. Tepat pada pukul 9.15 pagi,g uru mata pelajaran Matematik  mereka pun masuk.

“Bangun! Assalamualaikum, cikgu!” ucap mereka. 

“Waalaikumussalam, murid-murid. Sila duduk,” jawab Puan Batrisyia. Semua murid mengeluarkan buku teks Matematik  di atas meja masing-masing. Semua murid takut kerana guru matapelajaran tersebut agak garang dan tegas.

*****

 

Kring!

 

Loceng berbunyi menandakan waktu balik sudah tiba. Semua murid bergegas mengemas barang-barang mereka ke dalam beg sekolah. Zafirah menunggu kedua-dua kakaknya di pondok menunggu .Pada setiap hari, Zahra, Zahira, dan Zafirah berjalan kaki untuk pulang kerana mereka tidak jauh dari sekolah.

 

Sebaik sahaja sampai ke rumah, Zahra akan menyuruh adik-adiknya mandi dan menunaikan solat zuhur. Setelah selesai, mereka bertiga makan dan membuat kerja rumah. Tepat pada pukul 6.30 petang,u mi mereka pulang.

“Assalamualaikum,” ucap Puan Mahani.

“Waalaikumussalam, umi” jawab Zahra. 

Setiap kali umi dan abah mereka pulang, Zahra, Zahira, dan Zafirah akan meyambut kedua ibu bapa mereka.

“Umi, mana abah?” tanya Zahira.

“Oh, abah ada temujanji dengan seorang pesakit,” jawab Puan Mahani.

“Oh…,” ujar mereka serentak.

*****

Tepat pada pukul 9.45 malam, Encik Saharuddin pun pulang.

“Assalamualaikum,” ujar Encik Saharuddin.

“Waalaikumussalam,” jawab isterinya.

“Mana anak-anak?” tanya Encik Saharuddin.

“Mereka dah tidur di dalam bilik,” jawab Puan Mahani.

*****

 

Keesokan harinya….

 

Seperti biasa, Zahra, Zahira, dan Zafirah bangun dan membersihkan diri serta menunaikan solat subuh. Setibanya di sekolah, mereka masuk ke kelas masing-masing. Hari adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Hari latihan sukan. Semua murid termasuk cikgu berhimpun di padang sekolah.

Selepas mengagihkan murid-murid mengikut rumah sukan, semua guru memilih pelajar untuk dipilih sebagai peserta hari sukan. Begitu juga Zahra, Zahira, dan Zafirah. Zahra dipilih sebagai pelumba lari baton berganti-ganti. Zahira pula sebagai pelontar puluru, manakala Zafirah pula sebagai pemain melatak air ke dalam botol.

Kring!

Semua murid berlari untuk pulang ke rumah masing-masing. Setelah sampai ke rumah, Zahra, Zahira, dan Zafirah terkejut keraana kereta umi dan abah mereka ada di halaman rumah. 

“Umi dan abah tak pergi kerja ke hari ini?” tanya Zahira.

“Umi dan abah tak pergi kerja hari ini sebab hari ini hospital tutup,” jawab umi mereka.

 

Jam sudah menunjakkan pukul 6.30 petang. Tetapi Zahra terlupa untuk menutup tingkap biliknya. Sebaik sahaja uminya masuk ke dalam biliknya, umi memanggil namanya.

“Kak long, kan umi dah pesan, setiap kali pukul 6.30 petang kita mesti tutup tingkap. Kenapa tak tutp tingkap bilik lagi ini?” tanya Puan Mahani.

“Maaf, umi.Kak long terlupa,” jawab Zahra.

*****

 

Keesokan harinya di sekolah….

 

“Zahra!” panggil satu suara.

Zahra berpaling ke kiri dan ke kanan. Rupa-rupanya suara itu milik Intan Maisarah. 

“Ya, Intan. Ada apa?” tanya Zahra. 

“Jom kita pergi berlatih di padang.” Intan Maisarah juga sama seperti Zahra. Mereka merupakan pelumba lari baton berganti-ganti.

*****

 

Hari sukan yang ditunggu-tunggu telah tiba.

 

Ibu bapa semua pelajar hadir untuk menyaksikan anak mereka. Termasuk juga umi dan abah Zahra, Zahira, dan Zafirah.

“Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan, akan dimulakan sebentar lagi, acara lari berganti-ganti baton. Semua pelajar boleh kosongkan trek larian sekarang,” ujar juruacara.

 

“Zahra, Zahra, Zahra… laju Zahra laju!” jerit pelajar-pelajar memberi sokongan kepada Zahra. 

“Zahra menang tempat pertama!” jerit Intan Maisarah. 

“Tahniah, Zahra.A wak dah berjaya mengalahkan rumah Hijau, Biru, dan Kuning,” ucap Intan lagi.

 

“Sekarang di tengah padang sedang berlangsungnya acara balapan dan padang bagi murid tahun satu,’’ ujar juruacara itu. 

“Laju kak dik, laju!’’ jerit Zahra dan Zahira serentak.

“Kak dik menang tempat kedua,” kata Zahira. 

“Tapi kak dik menang nombor dua, bukan satu,” ujar Zafirah dengan nada sedih.

“Tak apa, kak dik. Tak kira nombor berapa pun. Asalkan menang juga, kan?” tanya Zahra. 

Zafirah kembali gembira.

“Kini berlangsung pula acara lontar peluru,” ujar juruacara. 

“Kuat kak ngah. Baling kuat-kuat!” jerit Zafirah.

“Kak ngah menang tempat kedua. Sama macam kak dik!” jerit Zafirah gembira.

“Sekarang bermulanya acara penyampaian hadiah bagi murid tahun satu. Acara isi air ke dalam botol. Tempat pertama dimenangi oleh adik Izzah Faqihah dari rumah Merah! Tempat kedua dimenangi oleh adik Zafirah dari rumah Merah!”

“Sekarang berlangsungnya acara penyampaian hadiah bagi murid tahun lima. Acara lari berganti-ganti baton tempat pertama dimenangi oleh adik Zahra dari rumah Merah! Bagi acara lontar peluru pula tempat pertama dimenangi oleh adik Nur Suraya dari rumah Merah! Tempat kedua dimenangi oleh adik Zahira dari rumah Merah!” ujar juruacara.

“Umi, abah kak long dapat nombor satu! Kak ngah dan kak dik dapat nombor dua!” ucap Zafirah.

“Pandai anak-anak abah!” puji Encik Saharuddin bangga. 

“Betul, anak-anak kita memang hebat!” puji Puan Mahani pula.

“Terima kasih, umi dan abah! Sayang umi! Sayang abah!” kata mereka.

“Tahniah, Zahra, dan Zahira!” kata Intan Maisarah.

“Tahniah, Zafirah!” kata Izzah Faqihah adik kepada Intan Maisarah.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: