Certot

Surat Ayah

Hasil nukilan Hasya 2 years agoSuperhero 15

 Aina Arissa gadis yang menghidap sakit buah pinggang sejak kecil. Dia kehilangan ibunya sejak lahir. Ayahnya sedih kerana bayi perempuannya tidak diberikan anugerah yang sempurna daripada Tuhan. Tetapi, beliau tetap bersungguh-sungguh membela anaknya dan redha dengan pemberian-Nya.

  Kini Arissa telah menginjak remaja. Hubungan dia dan ayahnya semakin renggang. Baginya penyebab kematian mama ialah ayahnya. Dia sering mengalami sakit di bahagian kanan perutnya. Apabila disoal ayah, ayah hanya diam tanpa sebarang jawapan. Arissa tidak tahu di sebalik diam itu terdapat air mata.

Sampai satu saat, Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Adi Furqan. Ayahnya tidak merestui perhubungan tersebut kerana Arissa belum menamatkan pengajiannya. Yang paling Arissa tak boleh terima, kenapa ayah rahsiakan penyakitnya daripada pengetahuannya. Arissa mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan sempat meninggalkan sepucuk surat.

“Ariss, jom makan. Ayah dah hidangkan makanan kegemaran kamu ni. Ariss!” jerit ayahnya dari dapur. Tanpa membuang masa, ayahnya menaiki tangga menuju ke bilik anaknya. pabila pintu dibuka, sepucuk surat daripada Arissa telah jatuh. Ayah mengutip surat itu lalu membacanya.

Kepada ayah,

Bila baca surat ni, Ariss dah takda kat rumah ni..halalkan semua yang ayah bagi kat Ariss. Ariss tak pernah benci ayah, tetapi disebabkan mama, Ariss susah nak hilangkan perasaan tu. Ariss bosan, Ariss bosan sangat. Semua aktiviti Ariss, semuanya dikongkong dan Ariss tak boleh terima kenapa ayah rahsiakan penyakit ni daripada pengetahuan Ariss. Ariss berhak tahu. Ariss dah besar, ayah. Ariss minta maaf, ayah. Assalamualaikum.

                                                                                                                                            -Aina Arissa-

   *****

                                                                                                                                    

 “Ya Allah, anak aku,” kata ayah lalu mengalirkan air mata. Tiba-tiba ayah berasa sesak nafas lalu pengsan. 

“Ya ampun, ya ampun mas. Pak Mat! Pak Mat!” jerit bibik Yanti cemas lalu memanggil Pak Mat selaku jiran sebelah rumah yang kebetulan berada di ruang tamu. Ayah dikejarkan ke hospital. Begitu juga dengan Arissa. Dia juga dikejarkan ke hospital yang sama dengan ayahnya.

*****

   Beberapa minit sebelum Arissa pengsan. “Aduh… kenapa sakit sangat ni? Ya Allah… mungkin ni balasannya atas apa aku buat kat ayah.” Lalu dia pengsan. Orang ramai yang berlegar-legar di situ segera berlari ke arahnya lalu mengejarnya ke hospital.

*****

“Paru-paru encik dah tak boleh digunakan dan mungkin ini boleh membawa kepada maut,” kata doktor kepada Pak Mat. Ayah yang mendengar perbualan mereka hanya beristighfar kerana menyedari ajalnya telah sampai. 

“Doktor, ada pesakit kita yang perlukan buah pinggang,” kata seorang jururawat kepada Doktor Amar. 

“Siapa pesakit tu?” soal Doktor Amar. 

“Tak silap saya namanya Aina Arissa. Entahlah. Kasihan dia… sehelai sepinggan. Waris pun takda,” jawab jururawat tersebut. 

“Oh…,” balas doktor itu pendek.

   “Ya Allah, anak aku. Selamatkanlah dia Ya Allah. Berikanlah aku kesempatan untuk berjumpanya di akhirat nanti kalau bukan di dunia. Di syurgamu Ya Allah… amin…,” doa ayah sambil menulis sepucuk surat untuk satu-satunya puterinya.

“Err… doktor… saya dengar ada pesakit yang perlukan buah pinggang?” soal ayah.

“Ya,betullah tu,” jawab doktor. 

“Saya sudi berikan buah pinggang ni kepada dia,” kata ayah yang berusaha bercakap walaupun sesak nafas. 

“Alhamdullillah… jasa kamu hanya Allah je boleh balas,” jawab doktor lalu pergi dari situ.

   “Mat… aku nak kau jaga anak aku ni. Ariss… aku nak kau bagi kat dia surat ni bila dia dah berjaya dan tahu erti dunia ni,” kata ayah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Baiklah, aku akan bagi surat kat anak kau dan aku akan jaganya sebaik mungkin,” balas Pak Mat lalu memanggil  doktor.

******

Beberapa tahun kemudian. Aina Arissa telah membawa pulang segulung ijazah dari Jordan untuk ditunjukkan kepada ibu dan bapa angkatnya, Puan Shaima dan Pak Mat. Seperti yang dijanjikan, Pak Mat memberikan surat usang tersebut kepada Arissa. 

“Surat apa nih baba?” soal Arissa lalu membacanya

Kepada Anakku Ariss,

   Assalamualikum Ariss. Ayah ni. Ariss mesti dah berjaya sekarang kan. Dah pergi Jordan macam Ariss nakkan dulu. Ayah nak minta maaf sebab berahsia lagi dengan Ariss. Kali ni Ariss dah tak boleh nak bentak ke? Nak marah ke? Ayah sekarang ada dengan mama. Jujur ayah terasa sangat bila Ariss kata Ariss benci ayah. 

Alhamdullillah anak ayah yang bela, didik dulu dah sihat dan berjaya sekarang. Ayah bangga dengan kamu. Buah pinggang yang kamu guna sekarang ni ialah buah pinggang ayah. Walaupun jasad ayah telah tiada, tetapi satu daripada anggota badan ayah sentiasa dengan kamu. Mungkin ini sahaja yang boleh ayah tinggalkan untuk puteri ayah ni. Aemoga kamu bertemu dengan hero kamu yang sebenar. Ayah dah berjaya habiskan tugas ayah kat dunia ni.                                                                                                                                                                                      -ayahmu-


“Err… baba… ibu… Ariss nak ke kubur ayah dengan mama… bolehkan?” soal Arissa sambil mengesat air matanya. 

“Pergilah… ibu benarkan,” jawab Puan Shaima.

*****

“Ayah, mama, Ariss datang ni,” kata Arissa kepada kubur mama dan ayahnya yang kebetulan bersebelahan. “Ariss dah berdosa dengan mama dan ayah terutamanya ayah. Kalau Allah bagi peluang kedua, Ariss nak guna peluang tu dengan sebaik mungkin. Tapi Ariss redha dengan qada dan qadar Allah. Ariss bawa ijazah datang sini. Ayah, ni untuk ayah dan mama. Ariss dah berjaya. Maafkan segala kesalahan Ariss ya,” kata Arissa lalu merenjis air mawar ke kubur mama dan ayahnya dan pergi dari situ.

Hargailah ibu dan ayah anda sementara masih ada. Jangan abaikan mereka berdua kerana tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Doakanlah mereka setiap hari.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: