Certot

Seorang Anak yang Melupakan Jasa Ibunya Setelah Berjaya

Hasil nukilan Ehh Ain Pendeq Larhh2 years agoFiksyen 34

Ada sebuah kisah iaitu tentang seorang anak lelaki yang bernama Ahmad. Ahmad adalah merupakan anak tunggal. Dia juga seorang murid yang bijak dan rajin.

Pada suatu hari, Ahmad telah mendapat anugerah murid paling cemerlang. Dia juga telah diumumkan sebagai tokoh kecemerlangan.

Selain itu, ketika Ahmad mahu pulang kerumah bersama ibunya, ada seorang lelaki yang bertanya, “Adakah kamu ini bernama Ahmad?” 

Ibu Ahmad menjawab, “Ya, inilah anak saya yang bernama Ahmad itu.” 

Lelaki itu berkata, “Anak kamu telah terpilih untuk masuk ke asrama penuh.”

Seterusnya, ahmad berasa sungguh gembira apabila mendengar berita bahawa dia akan masuk ke asrama penuh. Ibunya juga berasa sungguh gembira.

*****

Pada suatu hari berita telah mengumumkan keputusan SPM bagi tahun 2014. Ibunya berdebar kerana keputusan SPM akan diumumkan. Lalu nama Ahmad diumumkan sebagai murid yang mendapat semua A dalam keputusan SPM.

Ibunya berasa sungguh gembira. Apabila Ahmad sudah bekerja, dia lupa akan ibunya yang berada di kampung. Pada suatu hari, Ahmad telah berkahwin dengan seorang wanita yang cantik dan bernama Maya. Dia telah melupakan ibu ya yang berada di kampung yang meninggal di rumah usang. Dia juga tak ingin berjumpa ibu kerana tinggal dirumah yang usang dan berpakaian usang.

Sebagai kesimpulannya, kita mestilah menghargai jasa ibu kerana tanpa ibu tak akan ada kita di dunia ini. Bak kata pepatah, syurga di bawah telapak kaki ibu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: