Certot

Senyuman yang Manis

Hasil nukilan Nur Hidayah 2 years agoFiksyen 11

   Farisha seorang yang amat pendiam dan tidak mempunyai rakan. Namun, dia seorang yang amat pandai dan suka senyum. Setiap kali tiba waktu rehat di sekolahnya, dia akan pergi ke pondok yang berdekatan dengan taman bunga di sekolahnya begitu juga dengan hari ini.           

“Hah,seronoknya di sini,” kata Farisya sambil melihat persekitaran taman bunga yang indah dan bersih.                                                                                   

“Assalamualaikum, boleh saya duduk?” soal seorang murid perempuan yang berada di hadapan Farisya.                                                                                 

Farisya sekadar mengangguk dan memberikan dia sebuah senyuman yang manis. Murid itu ialah rakan sekelasnya, Amirah.                                                                                

“Farisya, saya ada benda nak cakap dengan awak. Sebenarnya sudah lama saya nak tanya awak, tapi saya malu. Farisya, boleh tak kita berkawan?” soal Amirah berterus terang.

Farisya bagai terkejut mendengar pengakuan Amirah. Namun kini, hatinya mula berubah. Dulu dia selalu menolak pelawaan kawan-kawannya, tetapi kali ini tidak kerana sejak kebelakangan ini dia berasa agak bosan tidak mempunyai kawan. 

“Okey,” jawab Farisya dengan nada yang ceria. 

Sejak hari itu, Farisya dan Amirah mula menjadi kawan baik. Mereka selalu bersama-sama jika ke pergi ke mana-mana.

Namun, suatu hari Amirah disahkan menghidap penyakit kronik oleh doktor dan dia harus menjalani pembedahan. Mereka berdua mula risau kerana mereka akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Namun Amirah terpaksa redha dengan segala ketentuan Tuhan. Mereka berdua hanya pasrah kepada Allah dan memperbanyakkan doa supaya pembedahan itu berjalan lancar.

Apabila tiba harinya, Farisya menemani Amirah ke bilik pembedahan.

  “Amirah, awak kena kuat,” kata Farisya dengan nada yang sedih.

“Baiklah. Awak doakan saya ya,” jawab Amirah pula sebelum dia masuk ke bilik pembedahan.

Sewaktu Amirah mahu masuk ke bilik pembedahan, dia sempat menoleh ke belakang dan melihat Farisya memberi sebuah senyuman yang manis kepadanya. Senyuman itu membuatkan Amirah bersemangat berjuang demi Farisya.

Akhirnya setelah lama menunggu, doktor yang melakukan pembedahan itu keluar dari bilik pembedahan.

“Doktor, bagaimana dengan kawan saya?” soal Farisya.

“Alhamdulillah. Kawan adik selamat,” balas doktor itu dengan nada yang gembira.

Farisya mengucapkan syukur kepada Allah. Dia benar-benar berasa teruja untuk bertemu dengan Amirah.

*****

Farisya dan Amirah sudah selesai menduduki peperiksaan UPSR dan kini mereka sedang menunggu keputusannya. Akhirnya keputusan mereka berdua telah diumumkan dan mereka berdua mendapat 5A. Mereka berasa sangat gembira dan bersyukur kepada Allah.              

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: