Certot

Senior dan Junior

Hasil nukilan Wan Ayuni2 years agoFiksyen 4

Pertama kali aku berada di sekolah menengah. Hari  ini hari ahad aku mengemas baju,  kemudian masukkan ke dalam beg kerana aku akan tinggal di asrama.  Eesok adalah minggu petama  aku bersekolah selepas lama bercuti. 

Ahirnya tibalah waktu untuk aku menimba ilmu untuk masa depan demi membalas jasa ibu bapaku. Hari yang dinanti sudah tiba. Hari ini aku bangun awal kerana takut terlewat ke kelas. Hari pertama berada di sekolah asrama agak berbeza berbandingaku berada di rumah kerana dahulu ibuku yang mengosok bajuku dan mengosok tudung sekolahku. Aku amat teruja akan  hari orientasi sekolah bagi tingkatan satu dan tingkatan empat.

Aku diberitahu  bahawa tingkatan empat adalah senior, manakala tingkatan satu ialah junior dan aku harus menghormati mereka  dan mereka juga mengagap aku sebagai adik mereka. Apabila sudah malam, aku mengosok baju seperti biasa aku takut terlewat. Aku mengikuti  hari orientasi selama lima hari dan aku berasa agak letih.

*****

Hari ini hari Sabtu. Aku membuat rutin harian aku seperti membasuh baju dan menjemur baju. Selepas aku menyiapkan kerja, aku berehat kerana keletihan. Tiba-tiba aku dikejutkan kerana aku tertidur.

Dan aku disuruh membasuh dan melipat kain oleh senior-senior. Keesokan hari aku demam teruk dan aku menelefon ibuku menggunakan telefon sekolah,  lalu aku menceritakan perkara yang sebenar. Ibuku memberi nasihat kepada aku suapaya aku tabah.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: