Certot

SELFISH

Hasil nukilan Aina Zahira 2 years agoSukan 49

“Murid-murid, sekolah kita akan mengadakan pertandingan skipping berirama pada minggu hadapan. Sesiapa yang nak sertai, boleh ambil borang daripada cikgu,” terang Cikgu Azlan.

Semua orang berasa sangat teruja tambah lagi Skipping Girls iaitu pasukan yang telah mendapat johan pada tahun lepas.

KRING!

Loceng rehat berbunyi. Semua orang menyerbu kantin untuk membeli makanan. Namun, Skipping Girls hanya berjalan selamba sambil berkata, “Tepi, Skipping Girls nak lalu.”

Semua orang menjeling mereka yang perasan itu. Selepas selesai menikmati makanan, mereka pergi berjumpa dengan Cikgu Azlan.

“Skipping Girls dah sampai,” kata Erisya iaitu ketua pasukan itu. 

Tiada sesiapa yang mengendahkan mereka. 

“Eh, Fatty. Kau pun ada dekat sini. Kau tak layak ada di sini. Baik kau pergi main dengan kawan-kawan hingusan kau tu,” ejek Erisya tanpa perasaan bersalah.

Fatty hampir menitiskan air mata. Namun, dia terpaksa menahannya. Dia menganggap bahawa tiada apa-apa yang berlaku.

Setelah mengambil borang, mereka pun turun ke bawah semula. Fatty berasa sangat sedih. Dia berlari ke arah tandas. Dia menangis dengan penuh perasaan sedih.

‘Apa kurangnya aku? Aku pun pandai main jugak la. Mentang-mentanglah aku terjatuh masa lompat. Dia nak permainkan aku,’ kata Fatty dalam hati.

Tangisan itu didengari oleh Masya. Dia segera pergi ke arah Fatty. Dia mengusap bahagian belakang badan Fatty.

“Kenapa ni, Fatty? Awak ada masalah ke? Kalau ada beritahu saya. Tak baik sembunyikan seorang diri,” tanya Masya yang ambil berat tentang rakannya.

Fatty hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia memberitahu bahawa matanya dimasuki habuk.

*****

Hari perlawanan sudah tiba. Semua peserta berkumpul di dataran terbuka. Kumpulan Skipping Girls datang dengan memakai pakaian seragam yang tertulis ‘Skipping Girls The Winner’ dan membawa tali skipping yang dihiasi dengan hiasan yang amat cantik.

Manakala kumpulan Fatty hanya memakai pakaian sukan sekolah dan tali skipping diambil di stor sukan.

Fatty dan kumpulannya memulakan perlawanan dahulu. 

“Kita pasti boleh. Usaha tangga kejayaan. Boleh! Boleh! Boleh!” laung Fatty dan ahli kumpulannya.

Mereka melompat mengikut rentak muzik. Mereka membuat seperti mana yang mereka berlatih. Tiada satu pun yang tercicir. Kumpulan itu mendapat tepukan gemuruh.

Kini, giliran Skipping Girls untuk membuat persembahan. Mereka membuat dengan baik pada awal persembahan. Namun, Erisya terjatuh pada pertengahan akibat tersangkut pada tali. Orang ramai sudah “boo” kan mereka. Mereka berasa amat malu.

Tibalah masa untuk mengumumkan nama pemenang. Skipping Girls berasa kemenangan itu  dalam tangan mereka.

“Johan pertandingan skipping berirama jatuh kepada Cerdik Group. Mereka membawa pulang pingat emas dan wang tunai sebanyak RM500. Tahniah kami ucapkan.”

Mereka berasa sangat gembira. Fatty, wakil kepada kumpulannya naik ke atas podium. 

“Maaf, Fatty. Saya berasa sangat bersalah,” kata Erisya.

“Saya dah maafkan awak lama dah. Ingat, hidup kita bagaikan roda. Sekejap berada di atas. Sekejap ada di bawah. Jadi janganlah bersifat sombong,” pesan Fatty.

Mulai hari itu, Erisya membuang sikap selfish dari hidupnya. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: