Certot

Selfie Makeup Stars Gadis Dinamik

Hasil nukilan Naufal 5 B 2 years agoFiksyen 8


Hai, semua. Saya Shana dan saya pula adalah Nanisha. Dahulu kami adalah kami adalah pesaing dan sekarang syukur ke hadrat Ilahi, kami adalah bestfriend forever and ever. Kami bergabung sebagai nama kumpulan Selfie Makeup Stars.

Pada suatu hari, Nanisha memberitahu saya yang dia terlihat sebuah poster di papan maklumat sekolah yang bertulis Pertandingan Gadis Spa Dinamik Anak Muda. Apa lagi Nanisha bagaikan gadis yang moden.

Sebenarnya, Nanisha ini amat yakin, tapi malang sungguh kami berdua adalah bakat lain. Saya adalah juru selfie, manakala Nanisha adalah juru mekap. Lagipun kami bukan handal dalam bidang spa-spa apa benda ini.

“Please Shana… one more time. Lagipun saya nak cuba masuk pertandingan spa ini. Manalah kita berdua tahu nasib yang bakal diketahui nanti.”

“Masalahnya siapa yang nak ajar kita berdua sekarang ini Nanisha?”

“Saya tahu dahulu ada kawan mama saya, namanya Laura. Dan dia amat berbakat dalam bidang spa-spa ini. Lagipun kami pernah pergi kedai dia iaitu kedai Laura Beauty secret spa.”

“Okey, nanti kita pergi belajar dengan dia.”

Hari ini, kitaorang berdua hendak berjumpa dengan Laura iaitu kawan kepada mamam Nanisha. 

“Boleh saya berjumpa dengan Puan Laura Melia?”

“Maaf, Laura tak datang hari ini sebab dia pergi ziarah sanak-saudaranya di Jitra, Kedah. Jika betul-betul adik boleh ambil kertas di sana dan dail nombor telefonnya bila-bila masa sahaja.”

“Terima kasih.”

“Jadi, apa plan awak pula kali ini, Shana? Saya tak idea lagi.”

“Apa kata kita buat rempah kita sendiri?”

“Apa?”

“Okey, hmm… langkah pertama minyak wangi Cucci and apa-apa sahaja rempah yang ada saya ambil tadi.”

*****

Tiba di hari pertandingan selanjutnya.

“Selamat sejahtera, kepada penonton sekalian,dan kepada semua yang hadir ke pertandingan Gadis Spa Dinamik Anak Muda. Beri tepukan kepada peserta-peserta hari ini. Okey, peserta pertama adalah The FashionGirl. Kumpulan kedua iaitu SpaGirl. Dan akhir sekali, berikan tepukan kepada Selfie Makeup Stars!”

“Okey, anda semua dikhendaki membuat apa-apa sahaja rempah spa. Dan anda boleh membuat beberapa rempah yang anda semua mahu melakukannya.”

*****

Tiba di akhir perancangan akan diumumkan senarai nama pemenang. Pemenang Gadis Spa Dinamik 2016 adalah Shana dan juga berikan tepukan kepada Nanisha!

Akhirnya, kami handal dalam bidang spa. Dan nama kumpulan kami bukan lagi Selfie Makeup Stars, tapi nama kumpulan kami adalah Styles Spa Girl. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: