Certot

Sebuah Pemergian

Hasil nukilan Dhia 1 year agoFiksyen

Kring! 

Bunyi jam loceng Alescha dengan bunyi yang nyaring.

“Mengapa masa bergerak pantas, Escha ngantuk lagi. Pagi ini ada latihan renang papan anjal,” rungut Alescha.

Alescha adalah seorang remaja yang berumur sembilan belas tahun. Dia mewakili negara dalam pertandingan berenang dan  gaya lompat papan anjal. Namun, ramai yang tidak  tahu  dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang pemalas.

“Escha! Aku sudah sediakan pancake untuk sarapan kita!” kata Sasya rakan serumah Alescha.

“Terima kasih, Sya! Escha mahu mandi sebentar, nanti Escha turun!” balas Alescha.

Selepas mandi dan bersarapan, Alescha dan Sasya pergi latihan bersama-sama.

“Sya, lompat betul-betul pada papan anjal itu!” sokong Escha pada rakannya.

Sasya hanya mengangguk. Sasya melakukan regangan dahulu, kemudian mengangkat kakinya ke atas dengan lurus. Tiba-tiba suatu tragedi menimpa. Papan anjal itu seperti melantun-lantun. Sasya tidak mampu mengimbangkan badannya lalu bergayut pada papan anjal itu. 

Angin kuat melanda. Jari-jemari Sasya kesejukan. Sasya bersin. Kedua-dua belah tangan Sasya terjatuh dan kepalanya terhantuk pada papan anjal itu.

Alescha tidak mampu berbuat apa-apa dan terus mendail hospital juga memaklumkan kepada jurulatihnya.

“Sya! Bertahan!” kata Alescha seraya terjun ke dalam air dan mencari Sasya.

Alescha berjaya menjumpai Sasya. Dia membawa Sasya naik ke atas. Kelihatan paramedik sedang menunggu Alescha membawa Sasya naik ke atas. Paramedik mengagihkan tugasan. Ada yang mencuci luka Sasya, dan ada yang membalut kepala Sasya. 

Sehinggalah seorang Doktor Tahfizah menyebut kalimah , “Innalillahiwainnailaihirojiun,”

Ketika itu, Alescha jatuh terjelepok seraya menangis. Selama ini, kehidupannya hanya bergantung pada Sasya. Namun kini, dia terpaksa bergantung pada diri sendiri.

“Sasya!” jerit Alescha.

Sejak kematian Sasya, Alescha sering melawat kubur Sasya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: