Certot

Sayangku Mama Cef

Hasil nukilan Babal 1 year agoSuperhero

“Aduh, sakitnya!” Tasya mengerang kesakitan akibat dilanggar oleh sahabatnya yang mempunyai susuk tubuh yang saling taidk tumpah seperti karikatur Doremon. Namun tiada sesiapa pun yang dengar rungutan Tasya, seolah-olah seperti sekolah sedang tutup akibat jerebu. 

“Ke mana pergi semua orang?” Tasya bangun lalu mengibas bajunya yang kotor. 

Tasya segera mencari semua rakan sekelasnya dan tiba-tiba Tasya terkejut setelah melihat ramai orang berkermun di papan kenyataan sekolah. Tasya dengan menggunakan taktik menyelit di celah-celah rakannya itu untuk mengatahui apa yang sedang berlaku. 

Pertandingan Memasak. Terbuka kepada semua pelajar lelaki atau perempuan. Sekiranya berminat, sila berjumpa dengan guru persatuan memasak.

“Wah, seronoknya!” Spontan Tasya menjerit dengan riangnya. 

Akibat tindakan drastiknya itu, semua pelajar memandang pelik terhadap Tasya kerana menjerit seperti orang gila. Dengan selamba badak, Tasya terus memecut pulang ke umah kerana sesi persekolahan telah  tamat pada masa itu. 

“Mama, Tasya mahu masuk pertandingan memasak boleh? Tetapi mama boleh tolong ajarkan Tasya memasak?”

“Oh my god, seriously anak mama mahu masak? Its okey dapat juga mama turunkan ilmu pada Tasya. Nanti sudah pandai masak, mama ajak Tasya sertai catering squad mama. Okey?”

“Okey, mama tetapi mama perlu ajar Tasya secpat mungkin sebab pertandingan tiga minggu sahaja lagi.” 

Tanpa membuang masa, mama Tasya terus pecut ke kedai untuk beli barangan  memasak. Setibanya di rumah tasya memulakan misi memasak dengan mamanya. Pada mulanya Tasya memasak asam pedas sebagai menu pertamanya. Ya Allah sampai termuntah muntah Tasya dibuatnya apabila menyiang ikan.

Menu keduanya, Tasya memasak ikan keli masak lemak cili padi. Kali ini jarinya pula terhiris akibat terleka semasa bersembang dengan mamanya. Mamanya bergegas mencari peti first aid kit untuk merawat jari mungil anak kesayangannya itu. 

*****

Tiga minggu sudah pun berlalu. Kini saat untuk memperjuangkan semangatnya dalam bidang masakan. Pertandingan itu dimulai dengan ucapan pembukaan oleh guru besar dan seterusnya pertandingan itu dimulai dengan lafaz bismillahhirahmanirahim. 

Tasya mula memasak dengan tenang berbanding  pelajar yang lain. Dalam hati Tasya, mungkin mereka tidak membuat persediaan awal untuk menyertai pertandingan.

Tanpa disedari, suatu suara yang cukup Tasya kenal telah memberinya semangat dari jauh. Dengan perasaan ingin tahu, Tasya menjenguk sepintas lalu dan mendapati suara itu adalah suara mamanya. Ya mamanya yang memberi dorongan selama ini. 

Dua jam lima belas minit telah berlalu, kini panel hakim dan juri merasai masakan yang dihidang oleh para peserta. Semasa juri sedang merasa masakannya, Tasya teringat akan pesanan mamanya bahawa semasa juri hendak merasa masakan, bacalah surah yang boleh membutkan hati dan selepas memasak pastikan tempat memasak sentiasa bersih untuk meraih markah daripada juri. 

Semasa juri mencatat markah, sempat Tasya menjeling para peserta yang lain dan ternyata hanya tempat memasak Tasya seorang yang bersih dan kemas. Tetapi itu bukan bermakna Tasya akan menjadi juara masakan. 

Akhirnya para juri dan hakim membuat keputusan dan mengumumkan pemenang bagi pertandingan memasak itu. Tempat ketiga jatuh kepada rakan kelas sebelah yang bernama Ayu, tempat kedua jatuh kepada Shuada. 

Kini debaran menanti, semua pelajar berkobar-kobar semangatnya kerana ingin tahu siapa pemenang pertandingan ini. Nur Ariana Natasya binti Roslan. S emua orang memandang Tasya dengaan penuh debaran. Anda adalah juara. Tahniah atas usaha.

Air mata Tasya terus mengalir semasa mengambil hadiah daripada . Tasya berlari ke arah mamanya lalu memeluk seerat mungkin. 

“Terima kasih mama sebab mama sudi ajar Tasya masak, walaupun banyak memori pahit yang terpaksa kita harungi semasa proses pembelajaran memasak dan Tasya selalu menyusahkan mama. Mamalah tulang belakang Tasya. Jadi sebagai tanda penghargaan Tasya kepada mama, Tasya beri piala ini kepada mama.”  

Tersedu-sedu Tasya berbicara kepada mamanya. Tasya membisikan sesuatu kepada mamanya, “You are my superhero forever.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: