Certot

SAYANG AYAH

Hasil nukilan Nabihah Husna 2 years agoFiksyen 49

“Aisyah Nur Iman, balik sekarang!” Jeritan itu sering didengari oleh penduduk Kampung Pantai Bahagia. Encik Azree sering memanggil anaknya pulang apabila senja. Selepas kematian isterinya Hawa akibat kanser otak.

“Ya, Isyah tahu mahu balik, Isyah bukan budak-budak. Ayah asyik-asyik marah Isyah!” marah Aisyah kepada ayahnya. Encik Azree sudah kenal dengan perangai anaknya Aisyah. Aisyah sudah berumur 10 tahun. 

“Isyah, malam ini jangan sesekali pergi rumah Maya lagi. Ayah tidak suka, faham,” ujar Encik Azree. 

Aisyah memandang ayahnya. “Ayah, suka hati Isyah mahu pergi mana-mana. Ayah jangan sibuk.” 

Aisyah terus berlalu dari ruang tamu ke biliknya. Dia menghempaskan pintu dengan kuat. Encik Azree mengeluh perlahan. ‘Maafkan abang. Abang gagal mendidik Isyah dengan betul,’ keluh hati Encik Azree.

 Pada malam itu, Aisyah keluar tanpa disedari oleh ayahnya. Encik Azree berada di dalam bilik masih membaca ayat suci Al-Quran. 

Tuk! Tuk! Tuk!

“Azree, Azree bukak pintu!” Jeritan itu mengganggu Encik Azree.

 “Apa hal, Samad?” tanya Encik Azree. Samad tercungap-cungap akibat berlari.

 “Aisyah kemalangan, terlangar motor depan rumah tok penghulu,” beritahu Samad.

“Ya Allah. Cepat Samad.”

 Encik Azree terus menghidupkan enjin motornya. Mereka berdua terus menuju ke rumah tok penghulu. Encik Azree terus menuju k edalam rumah tok penghulu. Kelihatan Aisyah terbaring di atas sofa.

 Encik Azree terus mendukung Aisyah lalu berlari ke klinik yang berhampiran.

“Azree, nak ke mana?” tanya Zul. Encik Azree tidak menjawab dan terus lariannya.

*****

“Nurse, tolong! Anak saya cedera!” jerit Encik Azree. Jururawat bernama Malisa menyuruh meletakkan Aisyah ke atas katil.

“Minta maaf encik. Encik perlu tunggu di luar,” arah Malisa kepada Encik Azree. Encik Azree berasa kurang senang.

“Siapa ayah kepada Aisyah Nur Iman?” tanya Doktor yang bernama Qaseh. 

Encik Azree terus bangun lalu masuk ke dalam bilik rawatan. Kelihatan Aisyah terbaring dan berwajah pucat membuatkan hatinya berasa sebak.

“Isyah, jangan tinggalkan ayah. Biarla ibu kau sahaja pergi.” 

“A… ayah….” Aisyah mula sedarkan diri. Encik Azree tersenyum apabila melihat Aisyah mula sedar.

“Ma… af… kan… Is… yah… a… yah. Is… yah… sa… ya… ng… a… yah.’’ Kata-kata Aisyah membuatkan hati Encik Azree tersentuh.

“Ayah pun sayang Isyah.” Aisyah tersenyum lalu matanya tertutup rapat. Encik Azree menggoyangkan bahu Aisyah berkali-kali, namun tiada tindak balas yang diberikan oleh Aisyah.

“Isyah, Isyah bangun. Jangan main-main dengan ayah. Aisyah bangun. Doktor!”

“Dia sudah pergi meninggalkan kita.” Kata-kata Doktor Qaseh membuatkan Encik Azree terkejut.

“Aisyah!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: