Certot

Saya Mahu 5A UPSR

Hasil nukilan An-Naim 2 years agoFiksyen 8

Nama saya Anas. Saya akan menduduki peperiksaan besar yang pertama dalam hidup saya, iaitu UPSR. Saya perlu belajar bersungguh-sungguh dalam peperiksaan ini. Saya yakin akan mendapat keputusan yang cemerlang jika saya berusaha. 

*****

“Main X-box lagi! Bila nak belajar? Nak tunggu tinggal sebulan lagi?” marah ayahku. Setelah itu, aku akhirnya berhenti bermain X-box dan mula belajar bersungguh-sungguh. Aku menghadiri bengkel UPSR, klinik UPSR, dan pelbagai lagi sebagai persediaan untuk aku menghadapi peperiksaan itu.

Guru, ibuku, ayahku, dan rakan yang lain serta saudara mara dan jiran tetangga memberiku semangat dan tidak berputus asa dalam peperiksaan nanti. Mereka mendoakan aku supaya berjaya dalam peperiksaan nanti.

*****

Hari keputusan telah tiba dan aku berasa sangat berdebar. Aku berdoa agar mendapat keputusan yang baik. Keputusan diumumkan dan aku berjaya mendapat 5A UPSR. Aku sangat gembira dan bersyukur.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: