Certot

Satu Peluang

Hasil nukilan Alia Irdina about 3 years agoSukan 28

  Peluang. Itu yang dikejarkan semua. Namun wujudkah orang yang tidak mengejar peluang? Tentulah wujud, iaitu aku. Nama Aku Wayani Izzati atau Wani. Berat aku 54 kg walaupun baru berumur 11 tahun. 

Hari demi hari, minggu demi minggu. Akhirnya acara tahunan yang berlangsung di padang sekolah. Hari Sukan pun bermula. 

Semua teruja menyambut acara itu dan teruja menanti giliran mereka untuk berada di padang. Tetapi bukan aku. Aku hanya duduk di belakang memerhati dari jauh sambil menguyah. Acara 100 x 4 perempuan tahun lima hampir bermula. Namun aku tidak dapat melihat batang hidung dua orang rakanku yang lain. Hanya ada tiga orang yang sedang memanaskan badan di tepi khemah.

“Astaghfirullah… Wani, puas cikgu mencari kamu. Rupanya di sini kamu, ya? Cepat, kamu mesti mengganti Ika untuk acara 100 x 4 sebentar lagi,” kata Cikgu Hannah, ketua Rumah Merah. 

Aku hanya membisu dan berfikir, ‘Kenapa aku?’

Aku hanya tunduk ke bawah merenung rumput sambil keluar dari khemah dan memanaskan badan. Usai acara 100 x 4 lelaki tahun lima, jantung aku sudah tidak keruan. Rasanya semputku akan datang semula.

PRIT!

Syura memecut lalu berlari ke arah Tina. Baton bewarna merah diberikan kepada Qaira. Akhirnya dia memberikan baton itu kepadaku. Aku cuba memecut, namun azamku rendah. Yang bermain di fikiran hanyalah kekalahan.

“Wani, nenek percaya Wani boleh. Wani boleh! Boleh!”

Titisan air jernih terlepas dari takungannya.

*****

 “Assalamualaikum. Nenek apa khabar? Wani elok sahaja… Nenek mahu tahu? Wani sudah turun 20kg! Kalaulah nenek boleh tengok Wani. Oh, ya. Minggu depan Wani akan pergi ke Sukan Olahraga Peringkat Negeri. Jangan lupa doakan Wani! Assalamualaikum, nenek.” Air mawar di siram di atas kubur.

Peluang boleh dikejar tetapi ia terpulang kepada pengejar. Dengan mengingati orang tersayang, Insya Allah, semangat itu wujud. -Wani

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: