Certot

Saranghae Appa!

Hasil nukilan Hasya 2 years agoSuperhero 81

Ayumi berdarah kacukan Korea dan Melayu. Ayahnya berbangsa Korea, manakala ibunya pula berbangsa Melayu. Ayumi tinggal di Malaysia bersama ibunya. Dia berumur 11 tahun. Cantik dan baik orangnya. Tetapi, dia berasa tidak senang hati dengan ayahnya. Sejak kini ayahnya jarang pulang ke Malaysia kerana sibuk dengan hal syarikat di sana. Bermula dari hari itu, hubungan Ayumi dan ayahnya dingin.

“Bencilah appa ni! Kejap telefon kata busy! Kejap lagi telefon busy! busy, busy, busy!” rungut Ayumi geram. 

Appa adalah panggilan ayah dalam bahasa Korea. Arumi rapat dengan ayahnya sejak kecil lagi. Namun, sejak ayahnya pulang ke Korea, dia mula berasa dingin. 

“Ayumi., kenapa marah-marah ni?” tanya Puan Lana kepada anak gadisnya itu. 

“Appa inilah! Kejap Yumi telefon kata busy! Kejap lagi Yumi telefon busy lagi! Bencilah!” marah Ayumi. Dia melepaskan segala kata-katanya kepada ibunya. 

“Ayumi! Appa sibuk dekat sana, jadi kamu janganlah marah. Kita doakan appa sihat sahaja di sana, ya. Mari kita solat berjemaah,” ajak Puan Lana. Dia ingin meredakan kemarahan anak gadisnya.

*****

Empat bulan berlalu. 

Hari ini Ayumi cuti sekolah. Mereka berdua bercadang hendak pergi ke Korea untuk melawat ayahnya. Malangnya Ayumi langsung tidak gembira. Tidak tahu mengapa. 

“Okey! Sweater kamu dah bawa, Ayumi? Di sana nanti sejuk. Kenapa kamu monyok sahaja? Kan seronok jumpa appa di sana nanti,” kata Puan Lana hairan.

“Taklah, mama. Rasa macam dinginlah dengan appa,” balas Ayumi.

“Biasalah tu. Dah, jom! Kamu mesti senyum, tahu. Cepat, nanti terlepas kapal pula,” kata Puan Lana.

*****

Enam jam berlalu….

Mereka tiba di Lapangan Terbang Incheon. Ayumi menggigil kesejukan.

“Kamu ni! Pakailah sweater kalau sejuk,” kata Puan Lana. 

“Sweater?”

“Ayumi lupa bawalah tu. Ayumi… Ayumi.” 

“Ya Allah! Lupa bawalah!” kata Ayumi. 

“Kamu ni! Mama dah pesan tadi kan! Nasib baik mama bawa lebih!” marah Puan Lana. Ada-ada sahaja perangai anak gadisnya.

*****

Tiba tiba di hadapan rumah appa Ayumi. Nama ayahnya ialah Ridza. Ayahnya masuk Islam sebelum berkawin dengan ibunya. Kacak orangnya. Walaupun umur sudah mencecah 40, tetapi masih nampak muda. 

“Besarnya rumah appa!” kata Ayumi kagum. Hatinya langsung tidak gembira, tetapi teruja melihat rumah besar itu. 

“Assalamualaikum,” ucap Encik Ridza. 

Mereka berdua menjawab. Ayumi mula beralih dari appanya.

“Ayumi, salam appa,” kata Puan Lana. Ayumi terus berlari masuk ke dalam rumah.

Masuk ke dalam rumah itu membuatkan dia berasa teruja.

‘Wah! Macam rumah mat salleh! Rumah ni berubah sikit sahaja,’ bisik hati Ayumi. Dia berlari ke biliknya. Dia tidak akan lupa biliknya di mana. Kali terakhir dia menetap disini pada umur sembilan tahun.

Encik Ridza datang dari belakang. “Ayumi” panggilnya. 

“Ya,” kata Ayumi tanpa memandang ayahnya. 

“Kenapa kamu dingin dengan appa? Kamu tidak gembirakah jumpa appa?” kata Encik Ridza.

“Semuanya sebab appa! Semenjak appa dapat kerja, setiap kali Ayumi telefon ada sahaja alasan! Kenapa?” kata Ayumi sebak.

Encik Ridza terharu. Dia kerja pun nak sara keluarganya. “Baiklah, semua salah appa. Appa minta maaf,” ujarnya ikhlas.

*****

Pukul 3.00 pagi.

Ayumi bangun. Dahaga pula tekaknya. Dalam perjalanan ke dapur, dia melihat lampu bilik kerja ayahnya terbuka. 

‘Appa tak tidur lagi?’ bisik hati Ayumi. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah bilik ayahnya. Dia menghendap sedikit. Dia melihat ayahnya tiada di bilik itu. Dia mencuri-curi masuk. Dia melihat banyak helaian kertas di atas meja ayahnya. 

“Bil hutang syarikat, duit belanja Ayumi, duit belanja keluarga…,” kata Ayumi perlahan.

Tiba-tiba seseorang memegang bahunya. “Ayumi….”

“Appa? Ayumi minta maaf! Appa dah berusaha bekerja untuk sara keluarga kita. Ayumi yang pentingkan diri,” kata Ayumi. Air matanya mengalir. Dia terus memeluk ayahnya.

“Bukan salah Ayumi pun. Papa sayangkan kamu sentiasa,” ujar Encik Ridza.

‘Saranghae appa, hero saya,’ bisik Ayumi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: