Certot

Sambutan Hari Lahir Pertama

Hasil nukilan Tiya about 3 years agoSuperhero 54

Sepanjang hidupku, aku tidak pernah dapat merasai rasa menyambut hari lahir. Setiap kali hari lahirku, papa pasti sibuk ke luar negara dan lain-lain atas urusan kerjanya. Namun aku juga rasa terkilan apabila setiap kali hari lahir abangku, papa pasti akan ada masa.

Malahan sambutan hari lahir abangku dibuat besar-besaran. Begitu juga pada tahun ini, papa perlu ke Korea atas urusan kerjanya. Disebabkan itu, aku sengaja tidak bercakap mahupun berbual dengan papa. Hanya jika papa bertanya padaku sahaja aku akan menjawab, tetapi dengan ringkas.

Papa menyedari perkara itu dan mulai bertanya pada aku. “Insyirah, kenapa Insyirah macam merajuk dengan papa? Papa ada buat salahkah?” tanya papa.

“Papa selalu sibuk setiap kali hari lahir ira. Tapi, setiap kali hari lahir abang, papa mesti buat secara besar-besaran. Kenapa, papa? Ira ni anak angkat ke?” Aku meluahkan apa yang terbuku di hati. 

“Ira, papa pergi sebab papa nak cari duit untuk sara kita keluarga,” kata papa.

Kemudian aku hanya pergi dari situ menuju ke bilikku. Semasa di dalam bilik, aku menjerit sekuat hati, “Papa dah tak sayang ira!”

Sejak itu, aku hanya duduk di dalam bilik. Jika waktu makan pun aku hanya mengambil makanan dan berlalu pergi ke bilikku.

*****

Semasa hari lahirku….

Aku masih terperap di dalam bilik. Tiba-tiba….

“Happy birthday to you, Ira.” Lagu hari jadi tiba-tiba kedengaran. 

Kemudian pintu bilikku dibuka. Kelihatan papa sedang memegang kek sambil diiringi mama dan abangku. Aku masih kehairanan dengan perkara yang sedang berlaku. Terutama sekali kehadiran papa.

 “Apa semua ni, papa? Bukankah papa kena pergi korea?” tanya ku ingin penjelasan.

“Papa sanggup buat apa saja demi Ira, tahu?” kata papa kepadaku.

“Maksudnya papa tak pergi korea?” tanyaku pula.

“Papa tangguhkan kerja papa,” jawab papa. 

“Terima kasih, papa!” kataku dengan girang. Sekarang baru aku sedar yang papa sungguh sayang padaku.

Every girl may not be queen to her husband, but she is always a princess to her father.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: