Certot

Salam Terakhir…

Hasil nukilan Ft. nur aina 2 years agoFiksyen 58

Mimi termenung memandang ke luar jendelanya. Dia ingin menghabiskan sisa hidupnya bersama yang tersayang. Tetapi, tiada siapa yang mampu menjadi yang tersayang. 

Mimi menghidap penyakit barah otak di peringkat akhir. Ibu tirinya, Puan Julia tidak kisah dengan penyakitnya. Puan Julia lebih rela Mimi mati supaya tidak menyusahkan hidup dia lagi. Betapa kejamnya insan yang bernama Julia. 

Mimi tidak mempunyai banyak masa lagi. Dia terpandang surat di atas meja. Dia mengambil pensel dan surat itu lalu mula menulis. Dia ingin menulis wasiat. Semasa dia menulis wasiat itu, dia terkenang ayah kandungnya. 

Ayahnya tinggalkan dia pada usia enam tahun. Mimi yang ketika itu tidak tahu apa-apa sekadar terdiam. Ketika ayah masih hidup, ayah tidak membenarkan Puan Julia memukulnya. Tetapi, sekarang ayah sudah tiada. Puan Julia dengan bebas memukul, menghentak, dan membalingnya. 

Tidak semena-mena, dia mula terasa sakit di bahagian dada. Dia tidak mampu menahan sakit itu. Dia terjatuh dari kerusi. Pada pandang matanya yang sedikit kabur, dia ternampak seseorang yang berbaju hitam. Orang itu mendekatinya. Mimi sudah tidak sanggup menahan. Akhirnya, nafas terakhirnya berhenti di situ. Innalillah….

Pusara Mimi dipandang Puan Julia. Sayang, pergilah bertemu ayahmu. Tiada setitik pun air mata di tubir matanya. Di dalam hati, dia tersenyum gembira… 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: