Certot

MENJADI SAHABATKU

Hasil nukilan An-Naim 2 years agoFiksyen

Anas, Luqman, dan Ziyad adalah tiga sahabat baik yang mula berkenalan di Sekolah Rendah SRI  Al-Amin Bangi. Mereka berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang. Namun, mereka berpisah apabila berada di tingkatan 1. Anas menuntut di Terengganu, manakala Ziyad dan Luqman menuntut di Melaka.

Ziyad dan Luqman berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM ,manakala Anas berjaya mendapatkan O-Level melalui kurikulum IGCSE. Anas menyambung pelajaran ke Oxford University dan berjaya mendapatkan ijazah juruterbang. Ziyad menyambung pelajaran ke Al-Azhar di mesir dan berjaya mendapatkan ijazah kejuruteraan serta master. Luqman pula menyambung pelajaran ke Harvard University di Amerika dan berjaya mendapatkan ijazah perakaunan serta PhD.

Mereka sudah terputus hubungan kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Namun, mereka akhirnya bertemu semula di dalam sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dikendalikan oleh Anas menuju ke Jepun. Anas, Luqman, dan Ziyad bertemu di sebuah restoran di Jepun.

Mereka berbual dengan rancak dan bertukar nombor telefon. Mereka sangat gembira dan sentiasa berhubung walaupun ketika kerja. Inilah persahabatan yang terjalin dengan mesra.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: