Certot

SAHABAT

Hasil nukilan LIN HADHIRA about 3 years agoFiksyen 182

      Gambar Aqilah ditatap sepuas-puasnya saat itu juga air mata Alin mengalir dengan deras. Memori pahit itu masih segar dalam ingatannya walaupun sudah dua bulan berlalu. Alin masih terbayang-bayang apa yang berlaku di hadapan matanya saat itu. Dia hanya mampu berkata “maafkan aku” dan menangis meratapi wajah Aqilah yang dipenuhi darah yang banyak.

    “Alin maafkan saya. Bukan saya yang mencuri gelang kesayangan awak,” kata Aqilah dengan wajah yang sayu. 

“Awak jangan menipu! Damia yang beritahu saya. Gelang itu juga berada di dalam beg sekolah awak,” jawab Alin dengan nada yang marah.

Dia terus berlalu meninggalkan Aqilah. Tanpa melihat ke kiri dan kanan dia terus melintasi jalan raya tanpa teragak-agak. 

“Ponn!”

Alin berpaling ke belakang,kelihatan sebuah kereta meluru dengan laju, saat itu dia terasa badannya ditolak seseorang.

    Sekarang, Alin hanya mampu menangis meratapi wajah sahabatnya yang telah pergi meninggalkannya. Dia berasa marah dengan dirinya yang lebih percayakan Damia dari kawan baiknya sendiri. Sanggup Damia menipu dirinya untuk memburukkan nama baik Aqilah. Namun, dia tetap memaafkan Damia.

    Akibat terlalu sedih dan penat, dia tertidur dia atas katil dengan nyenyaknya.

    “Kriutt,.”

 Bunyi pintu bilik ditolak. Alin terjaga dari tidurnya.Dia menggosok-gosok matanya. 

“Bangun Alin, mari kita melawat kubur Aqilah,” kata Puan Hanim. 

Alin tidak menjawab soalan ibunya,dia terus bangun dan menyiapkan diri.Puan Hanim berlalu pergi setelah melihat reaksi anaknya itu.

      “Maafkan saya sahabat,” kata Alin di dalam hati semasa melawat kubur Aqilah.

Yassin yang berada di tangan segera dibaca Alin. Dia berasa sangat sedih dan terharu melihat pusara sahabatnya itu. Puan Hanim yang berada di sebelah segera memujuknya. Namun Alin masih tidak dapat melupakan Aqilah. Alin berasa sangat bersalah kerana mengakibatkan Aqilah meninggal dunia.

Dalam perjalanan pulang, Alin mengambil gambar Aqilah dan menyimpannya di dalam sebuah kotak persahabatan yang dihias Aqilah buatnya dahulu. 

“Saya sayang awak, Aqilah,” ujar Alin.

 

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: