Certot

Sahabat, Untuk Selamanya!

Hasil nukilan Ft. nur aina 3 years agoFiksyen 39

“Ain!” jerit Nabila. Huh, sudahlah lambat. Sempat lagi Ain bermain dengan si Tompok. 

“Ia! Tunggu sebentar ya, Nabila. Tompok lapar.” Ain mengusap Tompok. Sudah terang lagi bersuluh Tompok tidak lapar. Cis! Menipu!

“Eii! Awak menipu! Tompok tidak lapar pun. Saya kira sampai tiga. Awak lambat, saya tinggal.” Nabila menunjukkan jari telunjuknya kepada Ain. 

Ain mula mengambil selipar lalu melangkah laju meninggalkan Nabila. Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya kepada Nabila. Nabila menggeleng-gelengkan kepalanya. Sahabat, sahabat! 

Sampai di sekolah, mereka terlihat Naimi membaca buku teks Sains. Rajin sungguh sahabatnya ini. Ain mengjengket-jengketkan kakinya. Dia menunjukkan simbol satu, dua, dan tiga kepada Nabila. Dia mengejutkan Naimi. 

“Ah! Hantu langsuir!” Naimi menjerit. Ain tergelak gelak sambil memegang perut. 

“Awak! Tak baiklah! Nasib baik cikgu tiada. Hurm… malu saya tahu!” Naimi memarahi Ain. Ain sekadar tersenyum nipis dan menunjukkan peace. 

“Sudah! Sudah! Mari duduk. Cikgu Ani sudah datang.” Nabila meleraikan pertengkaran mereka.

Mereka ialah sahabat yang sangat rapat. Mereka sudah berjanji untuk menjadi sahabat untuk selamanya! Seperti lagu Upin dan Ipin! Sahabat… untuk, selamanya!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: