Certot

Sahabat Selamanya

Hasil nukilan NOR ATIKAH 2 years agoFiksyen 40

Nama aku Izzah. Aku suka sangat berselfie.

Aku tersenyum senang apabila menerima begitu banyak likes daripada kawan- kawanku setelah aku memuat turun gambarku yang segaja dioles sedikit gincu yang berwarna merah jambu dan sedikit celak mata.

“Wah, cantiknya kau, Izzah. Dapat banyak like. Mesti ramai peminat,” ujar Halimah dengan iri hati.

“Yakah?” tanya Izzah dengan tersenyum.

“Betul, kau memang cantik,” terang Halimah dengan muka cemburu.

Selfie telah membuat Izzah menjadi semakin bongkak diri kerana hanya memuat naik satu fotonya yang memiliki banyak likes. Izzah tidak mendengar nasihat kawan-kawannya yang menegurnya daripada memuat naik fotonya di laman sosial.

Pada suatu hari, Izzah menangkap gambarnya lalu memuat naik fotonya ke dalam Facebook. 

“Izzah, Izzah, sudahlah tu. Tak habis-habis selfie. Kalau selfie sahaja aku tak kisah tapi kau pergi muat naik foto kau dalam laman sosial kenapa?” tanya sahabat baiknya yang bernama Atikah dengan muka yang marah.

“Alah, aku nak popular sahaja. Tidak bolehkah?” tanya Izzah dengan sombong.

“Bukan tidak boleh, tapi ini boleh menjejaskan maruah kau. Aku tak nak nanti kau akan  menyesal nanti. Kalau begitu kita putus kawanlah kerana ini boleh menjejaskan persahabatan kita,” nasihat Atikah dengan sabar.

“Yalah. Aku tak akan muat naik foto aku dalam laman sosial lagi okey. Janji kau tak akan putus sahabat dengan aku, boleh?” kata Izzah dengan sopan.

“Okey, janji kau berubah,” jawab Atikah dengan muka yang gembira.

“Lagi bagus kalau kau tidak memuat naik foto kau dalam laman sosial,” kata Halimah sambil memegang tangan Izzah.

“Okey. Aku janji tidak akan memuat naik gambar aku dalam laman sosial lagi. Tapi aku harap kita akan berkawan selama-lamanya,” jawab Izzah dengan memeluk Halimah dan Atikah.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: