Certot

Hanie

Hasil nukilan Afrina Hadi3 years agoFiksyen 41

 Hanie ialah seorang murid perempuan yang gila-gila. Dia mempunyai perwatakan yang disukai ramai. Oleh itu, dia mempunyai banyak sahabat. 

Hanie suka menulis cerpen atau novel pada masa dia lapang setiap kali selepas menyiapkan kerja sekolah. Kini dia sudah menyiapkan tiga buah novel dan 10 cerpen dalam masa dua bulan. Novelnya sangat digemari kerana ada terselit pengajaran di sebalik kisah yang ditulis. Kadang kala Hanie suka menulis novel yang berunsur fantasi. 

Suatu hari, ummi Hanie, Puan Qalida berkata, “Ummi mahu kamu fokus pada pelajaran. Kamu ada peperiksaan penting bulan hadapan. Jangan lagi kamu sibuk buat novel. Bukan boleh dapat ilmu!”

Hanie terkesan dengan kata umminya. Dia mulai fokus pada pelajaran. Dia tidak lagi menumpukan perhatiannya pada novel. Berkat usaha gigihnya, dia berjaya meraih 5A dalam UPSR. 

Kala itu umminya memberi kebebasan untuk dia bagi menulis cerita. Hanie sungguh gembira. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: