Certot

sahabat, Maafkan aku!

Hasil nukilan Ft. nur aina 3 years agoFiksyen 41

“Hei!”

“Hahahaha! Padan muka!” 

Suara riang Indah terngiang-ngiang di telinga Alisya. Sungguh, dia berasa bersalah. Sungguh, dia berasa rindu. Pemergian sahabatnya itu menyakitkan hatinya. 

PON! PON! PON! 

“Indah! Kereta!” Alisya menjerit.

“Aaa!” 

BOOM! 


“INDAH!” 

Tangisannya pecah lagi. Ah! Jika dia boleh mengundurkan kembali masa. Jika dia boleh meminta maaf kepada Indah. Indah lari darinya kerana dapat tahu yang dia merancuninya suatu ketika dahulu. Ketika itu, Alisya amat benci kepada Indah. Tetapi, entah bagaimana dia boleh berkawan dan menjadi teman rapat Indah. Teringat lagi perbualan terakhir mereka….

“Kenapa awak meracuni saya? Saya anggap awak sebagai sahabat! Kenapa awak buat begini kepada saya!” 

“Itu dulu, Indah. Itu semasa saya benci pada awak. Tetapi tidak sekarang. Indah, maafkan saya!”

“Ah, sudah! Awak mahu meracuni saya dengan apa lagi, Alisya? Saya tak sangka awak begini!” Indah berlari ke jalan raya. 

“Indah! Indah! Indah!” Alisya memanggil namanya. Indah hanya memekakkan telinganya. 

PON! PON! PON!

Indah, maafkan aku! Kaulah sahabat aku, Indah! 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: