Certot

Sahabat, Jangan Tinggalkan Aku.

Hasil nukilan Afrina Hadiabout 3 years agoFiksyen 48

Aku dan dia? Kami bagaikan kembar siam. Aku ke sana, dia ikut ke sana. Aku ke sini, dia juga ikut ke sini. 

Suatu hari, aku masuk ke dalam kelas. Seperti biasa, dia ikut di belakangku. Namun kali ini, aku terasa lain macam. Sepertinya ada sesuatu bakal berlaku sebentar lagi. Aku pun tidak tahu apakah ia.

Aku hanya memerhati sikap dia. Dia kelihatan pelik hari ini. Mengapa? Oh, jangan tanya aku. Aku juga sedang berfikir. Mengapa dia lain hari ini?

Aku tidak mahu fikir. Aku dapat rasa benda buruk bakal terjadi. Namun, aku pendamkan sahaja. Tidak berani aku bertanya pada dia. Aku bukan takut pada dia. Namun, aku dapat rasa dia sedang bengang. Muka dia juga lain. 

Pulang dari sekolah, seperti biasa aku dan dia berjalan kaki ke rumah. Jalan mahu sampai ke rumahku terasa jauh. Kami juga tidak bercakap. Dia hanya mengunci mulut. Aku juga begitu. 

Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon kereta dan aku terdengar bunyi dentuman. Adakah ianya aku? Tetapi aku masih lagi berdiri tanpa sedikit luka pun. Aku memandang ke kiri. Saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa terkejutnya diri aku.

Dia dilanggar kereta! Aku menjerit sepuas hati meminta tolong. Aku sudah menangis, tiada sesiapa datang membantu dia. Malah, pembawa kereta itu pun sudah memecut melarikan diri. 

Dia mengerang sakit. Ya, aku nampak segalanya. Dia jatuh terkulai dan kemudiannya pengsan. Saat itu, barulah ada orang datang membantu dia. 

Aku menangis teresak-esak. Dia sudah tiada. Apa lagi aku boleh buat? Kata-kata doktor masih terngiang-ngiang dalam ingatanku. “Maaf, tetapi Tuhan lebih sayangkan dia. Semoga dia aman di sana.” 

Kini sudah tiga tahun berlalu. Namun aku masih merinduinya. Aku sedih. Teramatlah sedih! Kini dia sudah tiada. Dia sudah tidak boleh menemaniku. Semoga kau tenang di sana, Amirahana….

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: