Certot

Sahabat Baik

Hasil nukilan Deborah about 3 years agoFiksyen 25

Namaku Jane. Aku berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Gaya dan aku berumur 10 tahun. 

Di sekolah, aku tidak mempunyai ramai rakan. Rakan-rakanku membenciku hanya kerana penampilanku yang hodoh dan bersusuk tubuh yang gempal. Selain itu, mereka juga seringkali membuliku.

Pada suatu hari, bapaku ditukarkan kerja ke Keningau, Sabah. Kami sekeluarga terpaksa berpindah. Aku juga akan dipindahkan ke sekolah yang lain. Aku berasa sangat gembira kerana aku tidak akan diejek oleh rakan di sekolah lamaku lagi. 

Namun dalam fikiranku juga, aku tertanya-tanya, “Apakah aku akan mempunyai rakan di sekolah baru aku itu atau nasibku juga akan seperti di sekolah lama?” Aku termenung memikirkannya.

*****

Hari ini adalah hari mulanya persekolahanku di sekolah baru, iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh.               

Guru Besar membawa aku mengelilingi kawasan sekolah. Aku berasa kagum melihat persekitaran sekolah itu.

Selepas mengelilingi kawasan sekolah, beliau menyuruh Cikgu Aina, guru penolong kanan untuk membawaku ke kelas yang akan aku duduki. 

Setiba di luar kelas yang dimaksudkan oleh Guru Besar, Cikgu Aina memanggil guru yang sedang mengajar di kelas itu. Cikgu Aina memperkenalkanku kepada guru itu. Guru itu adalah guru kelasku. Namanya ialah Cikgu Nordin. 

Cikgu Nordin membawa aku masuk ke kelas lalu meminta aku untuk memperkenalkan diri. Aku memperkenalkan diri sambil melihat wajah rakan-rakan baruku.

Kring!

Loceng pertama berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Aku berjalan ke kantin bersama-sama rakan baruku, iaitu Alisa. Di dalam kelas, Alisa duduk di sebelah ku.

Apabila tiba di Kantin, ramai pelajar yang kehairan melihatku. Alisa membawaku duduk bersama-sama rakan-rakannya di kantin. Aku berkenalan dengan mereka sambil memakan makanan yang dibeli olehku tadi.                                               

*****  

Kini sudah sebulan aku bersekolah di sekolah ini. Aku mempunyai lebih ramai rakan di sini berbanding di sekolah lamaku. Aku berasa sangat gembira berkawan dengan mereka.

Aku ingin berterima kasih kepada rakanku  Alisa, Safwanah, Alifah, Enrica, Nani, Sumayyah, Fatin, Farah, Nea D, dan Nea J  (The Members Of Mean Girls) kerana mereka sudi berkawan denganku walaupun penampilanku hodoh dan bersusuk tubuh yang besar.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: