Certot

Sahabat Akrab

Hasil nukilan Nur Hidayah 3 years agoFiksyen 23

Sarah, Ain, Farisya,  Kyra, Hanis, Zana, dan Umairah ialah sahabat baik. Mereka semua selalu bersama. Mereka telah menubuhkan kumpulan yang bernama The Girls. The Girls memang amat terkenal sekali kerana keakraban mereka. Mereka juga mempunyai musuh yang bernama The Five yang terdiri daripada lima orang ahli yang gedik, iaitu Farrah, Tasha, Yana, Dira, dan Nisa. The Girls juga suka membantu murid dan guru-guru di sekolah.

******

“Ah, menyampah aku tengok The Girls tu. Popularlah sangat,” kata ahli The Five, Yana.

“Yalah. Tasha, kau tak ada rancangan untuk kenakan diaorang?” soal Dira pula.

“Ada,” balas Tasya.

Mereka semua kemudian berbisik sesama sendiri. Semua setuju dengan cadangan Tasya.

******

“Eh, kenapa dinding tandas ini diconteng?” soal Kyra.

“Yalah. Ada krayon dekat sini,” kata Sarah pula sambil memegang sebatang krayon.

Semua ahli The Girls juga menjumpai banyak krayon yang bertaburan di lantai.

“Hah, tengok ni Cikgu! Dia orang conteng dinding bilik air ni” kata Nisa.

Semua ahli kumpulan The Girls terkejut.

“Kamu semua ikut saya!” arah Cikgu Maisarah.

The Five tersenyum sinis apabila melihat The Girls dimarahi Cikgu Maisarah.

******

“Fuh, penat betul bersihkan tandas ni,” kata Hanis sambil mengelap peluh di dahi.

“Ini tak adil. Kita tak bersalah. Bukan kita yang conteng dinding ni,” kata Umairah.

“Jadi, kita mesti ada bukti untuk membuktikan yang kita tak bersalah,” kata Farisya pula.

Kemudian,mereka teringat kembali krayon itu. Mereka sudah tahu siapa yang mengenakan mereka.

******

“Apa buktinya yang menunjukkan kami menconteng dinding bilik air?” marah Farrah.

“Krayon ni,” kata Ain sambil menunjukkan krayon itu kepada Cikgu Maisarah.

“Di krayon ini, tertulis satu perkataan iaitu TF. Semua di sekolah ini tahu yang lambang TF bermaksud The Five. Kami tahu kumpulan kamu sengaja mengumpan kami lalu memanggil Cikgu dan menuduh kami,” terang Zana.

“Betulkah kamu semua yang buat?” soal Cikgu Maisarah.

The Five hanya mengangguk. Mereka telah dikenakan hukuman serta tindakan displin. Sejak itu The Girls sudah tidak ada musuh lagi.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: