Certot

Sahabat

Hasil nukilan Nur Zulaikha 1 year ago

“Baiklah, semua karangan itu hendaklah dihantar esok. Siapa yang tidak siap, kamu semua akan menerima hukuman yang berat dari saya. Boleh bersurai,” cikgu Anita berkata dengan tegas. Semua pelajar mengangguk faham. 

Semua pelajar mula mengemas buku masing-masing. Alya dan sahabat baiknya, Ina berjalan beriringan keluar dari kelas. “Saya balik dahulu. Bye,” Ina berkata sebaik sahaja pemandu yang diupah papanya sampai. Alya hanya mengangguk dan membalas lambaian Ina itu.

Keesokan harinya, Alya pergi ke sekolah bersama Ina. Mereka berdua memang boleh diibaratkan sebagai belangkas. Ke mana sahaja mereka pergi mesti bersama. 

“Saya hendak pergi ke tandas. Err… awak naik dahulu, ya,” Ina berkata kepada Alya. Alya hanya mengangguk faham dengan apa yang dimaksudkan sahabatnya itu.

Alya melangkah masuk ke dalam kelas. Dia terkejut kerana kelas itu bersepah. Pelajar kelas 3 Maju terkejut seperti Alya juga apabila melihat keadaan kelas mereka. Tiba-tiba mereka terdengar satu suara mengaduh kesakitan. 

“Aduh! Sakitnya perut saya.” Alya yang mendengar suara itu terus bergegas pergi ke arah bunyi itu. Dia memang terkejut besar apabila melihat Ina mengaduh kesakitan sambil memegang perutnya.

Alya terus pergi dan meriba Ina. Alya ingin mengangkat Ina, tetapi alangkah terkejutnya apabila semua barang elektronik milik pelajar kelas itu jatuh daripada baju Ina. Semua mata yang memandang terus meluru mendapatkan barang mereka. 

“Jadi inilah yang awak buat ya. Dasar pencuri!” Seorang daripada murid kelas 3 Maju bersuara.

Alya yang hanya mendengar terus bangkit dan berkata, “Awak jangan tuduh sesuka hati. Kita tidak tahu pun siapa yang buat semua ni. Mungkin ada orang yang sengaja mahu mengenakan Farina.” Semua  pelajar merenung Alya dan Ina dengan pandangan tajam.

“Memanglah awak akan kata begitu kerana dia adalah sahabat awak,” balas Intan. 

Semua menggangguk setuju dengan kata-kata Intan itu. Alya baru sahaja hendak menjawab tetapi Ina melarang. “Jangan. Nanti mereka akan kenakan awak.” 

Alya hanya tersenyum mendengar kata-kata itu. “Saya tidak akan berhenti membela awak kerana saya tahu yang awak tidak bersalah. Awak sahabat saya,” Alya berkata  kepada Ina.

 “Baiklah. Klau awak semua mahu ambil tindakan atas semua ini, mari kita berjumpa dengan Cikgu Salmah sekarang juga,” Alya membuat cadangan. Semua pelajar yang ada di situ mengangguk setuju. 

*****

Sudah seminggu berlalu. Kejadian mencuri pada minggu lepas sudah diselesaikan. Ina terbukti tidak bersalah. Rakaman CCTV menunjukkan yang Ina langsung tidak bersalah. Malah orang yang bersalah adalah Intan dan geng-gengnya.

Alya berasa sangat lega kerana Ina tidak bersalah.  Alya dan Ina berjalan menuju ke pondok tempat mereka selalu meluangkan masa bersama. Sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung Ina berkata, “Alya, terima kasih kerana membela saya tempoh hari.” 

Alya menggelengkan kepalanya lalu berkata, “Ina, awak tidak perlu berterima kasih kepada saya sebab saya adalah sahabat sejati awak. Jadi memang sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membuat semua itu.”

“Best friend forever!” Mereka berdua menjerit keriangan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: