Certot

Sahabat

Hasil nukilan ATIKAH RAFI 2 years agoFiksyen 7

Semua orang ada sahabat, begitu juga dengan saya. Nama rakan saya Nur Sarah. Dia seorang yang baik dan dia selalu membantu saya dalam pelajaran yang saya lemah. Suatu hari saya telah turun ke kelas ketiga. Manakala dia pula telah naik kelas pertama. Walaupun kami kelas berlainan, namun di waktu rehat kami akan rehat bersama-sama. 

   Suatu hari, ada seorang yang ingin berkawan dengan sarah iaitu Rania. Saya tidak menghalang jika sarah ingin berkawan dengannya. 

Saya bertanya kepada Sarah, “Tadi semasa belajar, Rania ada bercakap apa-apa tentang saya?’‘

Sarah menjawab, ‘‘Ada. Dia cakap jauhkan diri dari awak sampai awak sakit hati.” 

Saya terkilan dengan apa yang diperkatakan oleh Rania itu.   

*****

Suatu hari, saya menyertai pertandingan sajak. Sajak itu bertajuk Sahabat.

Sahabat,

Engkau sentiasa menjadi peneman hidupku,

Tidak kira di kala susah mahupun senang. 

Pada waktu rehat, tiba-tiba Rania datang berjumpa saya. Dia ingin meminta  maaf jikalau dia telah sakitkan hati saya, dan akhirnya kami pun berkawan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: