Certot

Sabarlah Sarah

Hasil nukilan Miss vigorous 2 years agoFiksyen 10

             

Tajuk cerpenku ini menggambarkan betapa sadisnya cerita hidupku sepanjang cuti persekolahan ini.

 

Danial iaitu adik lelakiku yang sedang khusyuk dalam mengulang kaji pelajarannya menjelang SDKA ini telah sebanyak sedikit memberi aku galakan untuk melakukan perkara yang berfaedah sepanjang cuti ini. Bagi murid seperti aku yang agak malas, agak rajin ini, tidak selalunya mengisi masa cuti ini dengan belajar. Kerana bagi aku, inilah masa yang sesuai untuk aku melegakan otak, tangan, kaki, dan telinga yang menjadi mangsa sekolah.

 

Tidak boleh dinafikan, aku juga mengisi masa dengan beriadah bersama keluarga. Tetapi tidaklah mencecah setiap hari. Tetapi, aku sering meluangkan masa bersama gajet-gajet yang disajikan seperti anak-anak pada zaman kini. Berbalik semula ke idea Danial mengenai mengisi masa lapang. 

Danial bukanlah seorang yang sangat taat pada buku. Dia juga melayari Internet pada waktu rehatnya. Semasa menginjau laman PTS one , dia terlihat pertandingan menulis cerpen yang diadakan untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Bagi makluman anda, Danial sangat obses dalam penulisan sehingga sentiasa dinobatkan terbaik dalam penulisan bahasa Melayu misalnya cerpen, pantun, dan sajak.

 

Tanpa berfikir panjang, dia terus mengenepikan buku-bukunya dan terus memanggilku, “Kakak!”

 

“Kau ni dah kenapa?” jawabku ringkas. 

“Kakak masuk ni please...,” pinta Danial.

 

Aku menjawab sekali lagi. “Kau ni dah kenapa? Tak nampak ke 7-12 tahun? Aku ni 16 dah, jauh sangat dah. Lainlah kau, baru 13.”

“Alah takpelah, kakak masuk je macam orang lain.’ Sambil menunjuk ke arah peserta yang membuat cerpen.

 

“Buat apa aku susah-susah masuk kalau tak menang?” Sambil berfikir ada baiknya kalau aku sertai diam-diam.

 

Danial yang sudah mengalah terus menyuruh aku beredar dengan alasan hendak fokus. Ceh!

 

Tanpa melengahkan masa, aku terus meggisi borang tersebut dan bermulalah sesi pemerahan idea. Aku memilih untuk membuat cerpen mengenai penyanyi kesayanganku, One Direction

Setelah banyak idea yang telah diolah, aku membuat kesempatan untuk menyertai ahli keluargaku untuk makan tengah hari. Setelah habis menolong mama mengemas meja makan dan membasuh pinggan, aku kembali dengan niat untuk meneruskan cerpen tersebut. Tetapi, setelah mengetahui laptop aku telah dimatikan, aku seakan-akan merasakan yang langit ini tinggi. Perasaan ini susah untuk digambarkan, tetapi orang yang pernah merasai detik seperti ini sajalah yang faham kondisi aku sekarang.

 

Aku menjerit, memekik, tetapi hanya mampu dalam hati saja. Dalam masa yang sama, aku menjadikan Danial sebagai sasaran orang yang mematikan laptopku.

 

Kalau ditanya kenpa nak emo sangat? Kau gurau ke bro? Aku buat bukan pakai copy tau, perah otak! Mana tak, buka laptop dengan harapan tinggi bak bintang di langit supaya cerpen aku masih ada, musnah begitu sahaja. Apabila mendapat tahu bahawa aku diminta untuk menulis cerpenku semula, aku berasa menyesal. Walaupun pada mulanya aku tidak berapa suka dalam bidang penulisan, tetapi seronok juga apabila mendapati bahawa aku tidak terlalu cetek dalam hal sebegini.

 

Setelah mendapat tahu yang Danial tiada kaitan dalam hal ini, aku meneruskan pertanyaanku pada papa yang sedang asyik menonton JDT vs Felda United.

 

“Papa, tadi papa ada off laptop orang ke?”

 

“Takdelah,” jawab papa sambil menggelengkan kepala.

 

Aku terus memandang ke arah laptop yang seolah-olah memanggilku untuk membuat cerpen lain. Dan secara tiba-tiba, aku menurut kata-kata tersebut dan pergi kembali dengan muka kesal. Kali ini aku masih tetap dengan pendirianku iaitu menulis cerpen tentang idolaku. Sekali lagi, laptopku stuck secara tiba-tiba. Dengan perasaan marah aku menekan papan kekunci tanda marah.

 

Tiba-tiba, ia muncul pada halaman depan seperti tiada apa-apa yang terjadi. Apakan daya, aku memang tidak dilahirkan sebagai seorang penulis. Dan terlintas satu idea yang bernas dari otakku.

 

Dia nak cerpen? Kita bagi dia cerpen. Terus aku bersemangat untuk menceritakan segala luahan perasaan aku pada hari ini. Baru aku tahu, yang Allah sebenarnya nak uji tahap kesabaran aku dan gantikan dengan idea yang lagi bernas dan mantap. Sekurang-kurangnya aku berjaya menghasilkan cerpen milikku sendiri dan yang paling penting dari dalam lubuk hati aku dan ciptaan aku sendiri.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: