Certot

Running Woman

Hasil nukilan Iman Nazihah 2 years agoSukan 30

Mayang Alisa Binti Tan Sri Hafiz adalah nama yang diberi oleh mummy dan daddy aku.Umur aku 16 tahun. Aku atlet sekolah bagi acara larian berapa meter entahlah. Aku ada kawan rapat nama dia Aesyah Saffiyah Binti Tengku Mikael dan Arina Bieber binti Datuk Khalid. Dioranglah yang memahami aku kalau aku ada masalah. Tapi kami yang suka cari masalah di sekolah.

*****

“Weh, kau ni kan tak payahlah nak terlebih rajin sangat sapu sampah dekat sini. Kau sedarlah diri sikit yang kau ni cuma perempuan pengotor,” kata Mayang kepada Afiqah budak yang paling Mayang benci.

“Awak ni suka sangat kutuk saya. Apa salah saya dengan awak? Saya rasa saya tak pernah langsung  buat salah dengan awak,” kata Afiqah kepada Mayang.

Tiba-tiba Puan Syaza masuk bagi mengajar subjek sejarah yang subjek yang paling Mayang benci.

Haziq bangun ketua kelas Empat Gigih bagi mengucapkan, “Assalamualaikum, cikgu.”

“Waalaikumusalam murid-murid. Okey semua duduk. Cikgu nak bagi tahu satu perkara,” kata Puan Syaza.

“Erm, cikgu nak bagitahu apa?” tanya Mayang dengan perasaan yang bosan.

“Okey, setiap kelas mesti ada seorang wakil untuk pertandinganRunning Woman yang akan diadakan,” kata Puan Syaza.

“Cikgu, saya cadangkan Mayang jadi wakil bagi kelas kita,” kata Aesyah, kawan baik kepada Mayang.

Semua kelas bersetuju dengan candangan Aesyah kerana Mayang adalah satu-satunya atlet di dalam kelas itu.

“Cikgu setuju, tapi kita kena tanya tuan punya badan dulu,” kata Puan Syaza.

“Saya setuju, cikgu,” kata Mayang dengan nada yang selamba.

“Okey, kita sudah selesai pemilihan jadi sekarang kita sambung belajar,” kata Puan Syaza.

Mayang mengeluh kerana kena sambung balik belajar.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: