Certot

Running Girl

Hasil nukilan Amirah Aizan 2 years ago 66

             

“Arina, jom teman aku beriadah,” Humaira berkata sambil tersenyum.  
”Okey juga, bila?” 
“Sekaranglah… cepat bersiap.” 
”Baik, bos!” kata Arina sambil ketawa. 

Itulah Nurin Humaira binti Tuan Anas Mikael. Dia berumur 11 tahun, seorang yang rajin beriadah pada waktu petang. Arina Sofea pula kawan baiknya yang menemaninya ke mana sahaja.

“Arina, cepatlah sikit. Bukan jauh pun.” Humaira berlari meninggalkan Arina yang keletihan. 

‘Hish dia ni, laju betul. Asyik-asyik aku yang lambat,’ bisik Arina dalam hati. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu. ’Eh,apa ini? Pertandingan Larian Ivory Garden?’ Dia mengambil poster yang tertampal di papan kenyataan taman mereka.

“Humaira ,sini sekejap! ”Arina terjerit-jerit memanggil Humaira yang telah jauh. 

“Huh! Penatnya. Arina, kenapa kau panggil aku?” tanya Humaira sambil meminum air mineral yang dibawanya dari rumah.

“Nah, kau nak masuk tak?”Arina memberi poster itu pada Humaira. 

“Apa ini? Pertandingan Larian Ivory Garden? Terbuka kepada semua penduduk Ivory Garden. Pertandingan diadakan pada hari Isnin, pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.” 

Humaira mengangkat keningnya. “Mana kau jumpa poster ini, Arina?” 

“Oh, aku jumpa poster itu di papan kenyataan yang terletak di sana!” Arina menunjuk ke arah papan kenyataan itu. 

“Aku nak masuklah!” Humaira tersenyum.

*****

Pada keesokan harinya….

“Humaira, mari turun sarapan,” Puan Husna memanggil anak perempuannya. Humaira pun turun dan bersarapan bersama keluarganya. 

“Mama, bolehkah kalau Humaira mahu masuk pertandingan larian?” Humaira berkata sebelum menyuap nasi goreng yang dimasak oleh ibunya. 

“Boleh, tetapi di mana?” Puan Husna bertanya sambil menuang air teh di dalam gelas.

“Di taman kita. Mama, mana papa?” 

“Papa sudah pergi. Dia ada mesyuarat bersama pekerjanya,” terang Puan Husna. 

“Oh begitu.” Humaira menghabiskan makanannya.

Humaira masuk ke biliknya setelah selesai membasuh pinggannya. Dia pun mencapai telefon bimbitnya dan menelefon kawan baiknya itu.

“Assalamualaikum, Arina. Mama mengizinkan aku masuk pertandingan larian itu. Kau tolong daftarkan nama aku boleh?”

“Mestilah boleh.  Petang nanti aku daftarkan.” 

 “Terima kasih, Arina.” Humaira pun mematikan talian.

*****

 

Pada hari pertandingan.

“Mama, papa. Humaira pergi dulu ya!” Humaira mencium tangan kedua ibu bapanya.

“Humaira, tunggu! Papa mahu beri sesuatu pada kamu.” Tuan Anas pun mengambil kasut sukan yang dibelinya semalam.

“Ini untuk kamu. Papa beli semalam. Kamu pakailah semasa pertandingan.” Tuan Anas tersenyum.

“Terima kasih, papa! Sayang papa dan mama. Bye!” Arina setia menunggu Humaira di pagar rumah Humaira.

“Mari, Arina! Kita pergi!” kata Humaira teruja.

*****

Ready… set… go!

“Come on, Humaira! You can do it!” Arina memberi semangat.

‘Wah, lajunya kasut ini. Pasti saya akan menang’ Humaira berbisik dalam hati.

“Humaira, cepat!” Arina menjerit.

Humaira merupakan orang pertama yang melepasi garisan penamat. Arina pun memeluk Humaira sambil menangis kerana gembira.

“Diumumkan, juara pertandingan larian Ivory Garden dimenangi oleh Nurin Humaira binti Tuan Anas Mikael!” 

Humaira pun naik ke atas pentas untuk mengambil pingat dan piala. Humaira memegang piala dan pingat sambil menjerit, “I am the Running Girl!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: