Certot

Rumahku Syurgaku

Hasil nukilan NOR ATIKAH 3 years agoFantasi 37

Aku teringin memiliki rumah idaman yang aku paling suka. Ayah membeli rumah baru untuk keluarga kami tinggal. Aku anak ketiga daripada tujuh adik-beradik. Namaku Amira, berumur 17 tahun. Hari ini merupakan kami sekeluarga berpindah ke rumah baru di Taman Sentosa. Rumah ku ada dua tingkat dan mempunyai enam bilik. 

“Ibu, kami semua tak sabar nak tengok rumah baru kita tu,” teriak anaknya.

“Ya, ibu pun tak sabar nak tengok rumah baru kita. Nanti dah sampai sana jangan berebut-rebut bilik, ya. Kongsi satu bilik dua orang ya,” jawab ibu dengan suara yang sayu.

Dalam perjalanan ke rumah baru, kami sekeluarga sempat berhenti di rumah nenek untuk menziarahi nenek. Adakah nenek dalam keadaan baik sahaja? Nenek dan datukku tinggal berdua sahaja. Kami sayang nenek dan datuk.

Kami semua meneruskan perjalanan. Sampai sahaja di rumah baru, kami terus masuk dalam rumah untuk melihat keadaan rumah. Rumah baru kami sangat besar dan cantik. Kami semua suka tinggal di rumah baru kami.

Rumah bagaikan syurga bagi kami semua. Bersyukurlah dengan seadanya. Seperti kata pepatah, rumahku syurgaku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: