Certot

Roller blade Champion

Hasil nukilan MURNI TIARA 2 years agoSukan 2

“Zafri, aku dengar kau ada masuk pertandingan roller blade, kan?” tanya Adli

“Macam mana kau tahu ini?” balas Zafri. 

“Sorrylah, aku terdengar masa kau cakap dengan Arief,” kata Adli lagi sambil tersengih

KRING!

“Dah rehatlah, jom turun pergi kantin. Nanti ramai orang, tidak sempat nak beli makanan,” rungut Adam. 

“Sabarlah. Dahsyat sangat kalau habis semua makanan dekat kantin itu,” seloroh Adli. 

“Maaflah buat korang tertunggu-tunggu,” kata Zafri.  

“Hah, Zafri sudah keluar. Jom pergi kantin,” balas Adam

*****

“Zafri, bila tarikh kau punya pertandingan roller blade?” tanya Arief.  

“Mungkin sabtu ini,” balas Zafri. 

“Siapa lagi yang masuk selain kau dan ayah kau, jurulatih roller blade tidak silap?” tanya Arief lagi.  

“Kakak aku, Amanina. Itu sahaja yang masuk. Ayah aku jurulatih roller blade,” balas zafri lagi.

 “Sudah, cepat habiskan makanan. Tinggal lagi lima minit sahaja rehat,” ujar Adli yang dari tadi hanya mendiamkan diri. 

“Maaf,” balas Zafri dan Arief serentak.

*****

“Ingat, Zafri dan kamu juga Nina. Jangan tergesa-gesa atau gopoh. Nanti kamu juga susah,” nasihat jurulatih mereka iaitu ayah mereka sendiri. 

“Okey Zafri, selepas ini acara kamu. Cepat pergi bersedia,” kata ayah mereka. 

“Baik, ayah,” balas Zafri dengan suara gementar

*****

“Muhammad Zafri Huzairi mendapat tempat kedua bagi acara ini. Tahniah!” kata jurucakap majlis tersebut. 

“Tahniah, Zafri,” ucap kakaknya, Amanina.

“Terima kasih. Tahniah untuk kakak juga sebab nombor pertama,” balas Zafri sambil membuat jari bagus. Banyak ucapan tahniah dari kenalannya. 

‘Alhamdullilah,’ bisik hati Zafri.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: